Utama Samsung Siri Samsung Galaxy Tab S9 FE turut dilancarkan; Berharga dari RM2,099 di...

Siri Samsung Galaxy Tab S9 FE turut dilancarkan; Berharga dari RM2,099 di Malaysia

130
0

Samsung Malaysia secara rasminya telah mengumumkan siri FE yang turut merangkumi telefon pintar Galaxy S23 FE dan earbud nirwayar Galaxy Buds FE, serta siri tablet Galaxy Tab S9 FE.

Jika anda berhasrat untuk mendapatkan tablet mercu keluaran Samsung pada harga yang lebih mesra bajet, ketahui dengan lebih lanjut mengenai Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Tab S9 FE+ di dalam artikel ini.

Spesifikasi Samsung Galaxy Tab S9 FE

Secara asasnya, siri Galaxy Tab S9 FE merupakan alternatif lebih mampu milik kepada siri Galaxy Tab S9 yang dilancarkan beberapa bulan yang lepas. Kali terakhir Samsung menawarkan tablet andalan pada harga bajet melalui Galaxy Tab S7 FE pada 2021.

Samsung Galaxy Tab S9 FE didatangkan dengan skrin 10.9-inci dengan model Galaxy Tab S9+ FE mempunyai skrin yang lebih besar pada 12.4-inci. Kedua-duanya menggunakan skrin LCD dengan kadar penyegaran semula 90Hz.

Samsung Malaysia tidak menyatakan pemprosesan yang digunakan oleh tablet ini. Namun, dikatakan ia menggunakan pemprosesan Samsung Exynos 1380. Jenis yang sama digunakan pada Galaxy A54.

Galaxy Tab FE kali ini juga mempunyai pilihan RAM 6GB atau 8GB dengan FE+ pula menawarkan RAM 8GB atau 12GB. Kedua-dua tablet yang berbeza saiznya ini juga menawarkan pilihan storan sama ada 128GB atau 256GB. Turut disediakan slot kad mikroSD yang boleh dikembangkan sehingga 1TB.

Untuk kameranya, tablet FE yang lebih kecil menawarkan satu kamera 8MP di belakangnya dengan FE+ pula mempunyai dwi-kamera yang menampilkan kamera utama 8MP dan kamera ultra-lebar 8MP. Di hadapannya pula Samsung turut menyediakan sebuah kamera ultra-lebar 12MP yang boleh digunakan untuk tujuan panggilan video dan swafoto.

Tablet ini menggunakan bateri berkapasiti 8,000mAh untuk model FE dan 10,090mAh untuk FE+ yang lebih besar saiznya. Menurut Samsung, tablet ini menyokong pengecasan pantas 45W, namun pengecas tidak disediakan bersama-sama kotak pembungkusan tablet ini.

Kedua-dua model tablet ini juga menggunakan Android 13 dan akan menerima kemaskini utama sistem operasi Android sehingga empat kali dan lima tahun kemaskini keselamatan. Seperti yang dijangka, tablet bertaraf andalan ini mempunyai kerintangan air dan debu IP68 bersama-sama S-Pen di dalam kotaknya.

Lain-lain aksesori seperti Book Cover Keyboard, Book Cover Keyboard Slim, Smart Book Cover dan Outdoor Cover dijual secara berasingan.

Harga Samsung Galaxy Tab S9 FE dan Galaxy Tab S9 FE+ di Malaysia

Siri Samsung Galaxy Tab S9 FE hadir dalam varian WiFi sahaja dan WiFi + 5G masing-masing mengikut saiznya.

Harga Samsung Galaxy Tab S9 FE WiFi

  • 128GB – RM2,099
  • 256GB – RM2,399

Harga Samsung Galaxy Tab S9 FE 5G

  • 128GB – RM2,699
  • 256GB – RM2,999

Harga Samsung Galaxy Tab S9 FE+ WiFi

  • 128GB – RM2,799
  • 256GB – RM3,099

Harga Samsung Tab S9 FE+ 5G

  • 128GB – RM3,399
  • 256GB – RM3,699

Menurut Samsung Malaysia, Galaxy Tab S9 FE akan memasuki pasaran Malaysia bermula dari 10 Oktober 2023. Galaxy Tab S9 FE akan ditawarkan dengan warna Gray dan Lavender, manakala Galaxy Tab S9 FE+ pula ditawarkan dengan Light Green dan Grey.

Maklumat lanjut mengenai siri Samsung Galaxy Tab S9 FE, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.