Utama Telco Celcom Daftar Jaringan Prihatin Celcom untuk menikmati telefon percuma dan Subsidi Telekomunikasi RM180...

Daftar Jaringan Prihatin Celcom untuk menikmati telefon percuma dan Subsidi Telekomunikasi RM180 / RM300

3413
1

Anda kini boleh mendaftar Jaringan Prihatin Celcom iaitu subsidi telekomunikasi bagi isi rumah dan individu B40 yang layak bermula pada 5 Mei 2021 lalu.

Subsidi yang mensasarkan kumpulan B40 dan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan bagi mengurangkan beban hidup rakyat ketika berdepan dengan impak dari pandemik ini.

Selain Celcom, syarikat-syarikat telekomunikasi utama negara seperti Maxis, Digi, U Mobile dan lain-lain turut menyahut seruan kerajaan ini dalam memastikan inisiatif kerajaan ini dapat dilaksanakan.

Semakan Jaringan Prihatin Celcom

Bagi anda yang menjadi pelanggan Celcom, anda boleh membuat semakan kelayakan di laman web Celcom. Subsidi ini ditawarkan kepada pengguna pelan prabayar dan juga pascabayarTebus-dan-Daftar-Jaringan-Prihatin-Celcom

Anda juga boleh menonton panduan cara menebus rebat Jaringa Prihatin Celcom ini untuk lebih kefahaman untuk menikmati bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan yang memerlukan.

Daftar Jaringan Prihatin Celcom

Untuk mendaftar Jaringan Prihatin Celcom, anda boleh membuat semakan kelayakan dengan memasukkan maklumat peribadi anda melalui ruangan yang disediakan dan klik pada butang hantar.

Sebelum anda klik pada butang hantar berkenaan, anda juga boleh memilih sama ada ingin mendapatkan pelan prabayar atau pascabayar bayar Celcom.
Daftar Jaringan Prihatin Celcom

 

Selepas anda selesai melakukan semakan kelayakan Jaringan Prihatin Celcom berkenaan, anda boleh memilih sama ingin mendapatkan rebat atas pembelian telefon pintar atau rebat atas pas internet bulanan. Kadar pemberian rebat berkenaan juga bergantung sama ada anda golongan isi rumah B40 atau individu bujang B40.Semakan-Kelayakan-Daftar-Jaringan-Prihatin-Celcom

Penawaran Jaringan Prihatin Celcom ini juga berbeza antara pelan prabayar dengan pelan pascabayar dan masing-masing mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Pelan Prabayar bagi yang mendaftar Jaringan Prihatin Celcom

Bergantung pada kategori pemohon, pengguna yang mendaftar Jaringan Prihatin Celcom akan menerima nilai rebat telefon pintar antara RM 300 bagi isi rumah B40 atau RM 180 bagi individu B40.

Rebat Telefon Pintar Pelan Prabayar Jaringan Prihatin Celcom bagi Isi Rumah B40

Pengguna yang layak mendaftar Jaringan Prihatin Celcom untuk pelan prabayar, anda boleh menebus dengan sama ada rebat RM300 atas pembelian telefon. Atau, rebat RM5/bulan untuk selama 12 bulan bagi pas Internet bulanan terpilih.

Selain itu, anda juga diberikan subsidi tambahan rebat RM60 atas pas bulanan terpilih dengan rebat pembelian telefon sahaja dan percuma internet harian 2GB.

Beberapa model telefon pintar turut ditawarkan kepada pengguna yang layak mendaftar Jaringan Prihatin Celcom bersama rebat berdasarkan model yang dipilih. Berikut adalah model-model telefon yang ditawarkan bagi yang memilih pelan prabayar Celcom.

Bil Model Telefon Pintar Harga Bayaran Pendahuluan
1 Nokia C2 Percuma RM 60
2 Samsung Galaxy A02 RM 79 RM 60
3 vivo Y1s RM 129 RM 60

Pilihan rebat telefon pintar Pelan Prabayar Jaringan Prihatin Celcom bagi Individu B40

Bagi individu B40 yang mengambil pelan prabayar pula, anda boleh memilih sama ada rebat RM180 atas pembelian telefon pintar. Atau, rebat RM5/bulan untuk selama 12 bulan bagi pas Internet bulanan terpilih.

Anda turut diberikan subsidi tambahan rebat RM60 atas pas bulanan terpilih dengan rebat pembelian telefon sahaja dan percuma internet harian 2GB.

Berikut adalah model-model telefon yang ditawarkan bagi pengguna katergori Individu B40 yang memilih pelan prabayar Celcom.

Bil Model Telefon Pintar Harga Bayaran Pendahuluan
1 Nokia C2 RM 119 RM 60
2 Samsung Galaxy A02 RM 199 RM 60
3 vivo Y1s RM 249 RM 60

Pilihan rebat kredit Pelan Prabayar Jaringan Prihatin Celcom bagi Isi Rumah B40 dan Individu B40

Celcom memberikan rebat kredit RM 15 selama 12 bulan kepada pengguna prabayar melalui pas internet bulanan tertentu menerusi aplikasi Celcom Life. Kedua-dua kategori pemohon akan menerima nilai rebat yang sama.

Penebusan hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan ia akan dimasukkan secara automatik ke dalam akaun pengguna.Celcom Prabayar

Pelan Pascabayar bagi yang mendaftar Jaringan Prihatin Celcom

Pengguna yang mendaftar Jaringan Prihatin Celcom akan menerima nilai rebat telefon pintar antara RM 300 bagi isi rumah B40 atau RM 180 bagi individu B40.

Penawaran ini adalah sama dengan apa yang ditawarkan kepada pengguna pelan prabayar. Namun, dibezakan pada penawaran pelan bulanan internet bagi kedua-dua kategori penerima.

Rebat Telefon Pintar Pelan Pascabayar bagi yang mendaftar Jaringan Prihatin Celcom bagi Isi Rumah B40

Pengguna yang layak mendaftar Jaringan Prihatin Celcom untuk pelan pascabayar, anda boleh menebus dengan sama ada rebat RM300 atas pembelian telefon. Atau, rebat RM25/bulan untuk selama 12 bulan atas pelan pascabayar dengan telefon percuma.

Selain itu, anda juga diberikan subsidi tambahan rebat RM60 dengan XP Lite dan percuma internet harian 2GB.

Beberapa model telefon pintar turut ditawarkan kepada pengguna yang layak mendaftar Jaringan Prihatin Celcom bersama rebat berdasarkan model yang dipilih. Penawaran telefon pintar bagi pelan pascabayar ini turut didatangkan dengan internet percuma 60GB.

Berikut adalah model-model telefon yang ditawarkan bagi yang pemohon kategori isi rumah B40 yang memilih pelan pascabayar dengan Celcom XP Lite dan Pas L.

Bil Model Telefon Pintar Harga Telefon Harga Pelan
1 Nokia C2 Percuma RM 28 sebulan
2 Samsung Galaxy A02 32GB Percuma RM 28 sebulan
3 OPPO A15 32GB Percuma RM 28 sebulan
4 realme C11 2021 32GB Percuma RM 28 sebulan
5 OPPO A54 64GB Percuma RM 53 sebulan
6 vivo Y20 2021 Percuma RM 53 sebulan
7 Xiaomi Redmi 9T 64GB Percuma RM 53 sebulan

Pilihan rebat telefon pintar Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin Celcom bagi Individu B40

Bagi individu B40 yang mengambil pelan pascabayar pula, anda boleh memilih sama ada rebat RM180 atas pembelian telefon pintar. Atau, rebat RM15/bulan untuk selama 1 tahun bagi pelan pascabayar.

Anda turut diberikan subsidi tambahan rebat RM60 dengan XP Lite dan percuma internet harian 2GB.

Berikut adalah model-model telefon yang ditawarkan bagi pengguna katergori Individu B40 yang memilih pelan pascabayar Celcom. Penawaran telefon pintar bagi pelan pascabayar ini turut didatangkan dengan internet percuma 60GB.

Bil Model Telefon Pintar Harga Telefon Harga Pelan
1 Nokia C2 Percuma RM 38 sebulan
2 Samsung Galaxy A02 32GB Percuma RM 38 sebulan
3 OPPO A15 32GB Percuma RM 38 sebulan
4 realme C11 2021 32GB Percuma RM 38 sebulan
5 OPPO A54 64GB RM 128 RM 53 sebulan
6 vivo Y20 2021 RM 128 RM 53 sebulan
7 Xiaomi Redmi 9T 64GB RM 128 RM 53 sebulan

Pilihan rebat telefon pintar Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin Celcom bagi semua kategori B40

Tawaran telefon pintar percuma bersama-sama pelan pascabayar XP Lite dan Pas M ini ditawarkan kepada semua pengguna yang telah mendaftar dan layak untuk Jaringan Prihatin Celcom ini.

Internet percuma sebanyak 60GB juga disediakan kepada semua pengguna yang memilih untuk mendapatkan pakej ini.

Berikut adalah model-model telefon pintar bagi pelan ini:

Bil Model Telefon Pintar Harga Telefon Harga Pelan
1 Nokia C2 Percuma RM 38 sebulan
2 Samsung Galaxy A02 32GB Percuma RM 38 sebulan
3 OPPO A15 32GB Percuma RM 38 sebulan
4 vivo Y1s Percuma RM 38 sebulan

Pilihan rebat kredit Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin Celcom bagi Isi Rumah B40 dan Individu B40

Celcom memberikan rebat RM 25 selama 12 bulan kepada pengguna kategori isi rumah B40 yang didatangkan bersama-sama telefon percuma. Manakala bagi individu B40 pula akan menerima rebat RM 15 selama 1 tahun.

Rebat yang bernilai sehingga RM 240 ini ditawarkan melalui pelan XP Lite + Pas L, XP Lite + Pas M dan juga XP Lite sahaja.

Layari laman web Celcom untuk mendaftar Jaringan Prihatin Celcom dan membuat penebusan telefon pintar percuma atau rebat internet berdasarkan kelayakan anda.

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.