Home Mobile Aplikasi Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua akan dibuat bermula 21 Januari ini

Bayaran BPN 2.0 Fasa Kedua akan dibuat bermula 21 Januari ini

8
0

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan bayaran fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dibuat seawal 21 Januari ini.

Bayaran ini telah dipercepatkan berikutan pelaksanaan pelbagai jenis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP, PKP Bersyarat dan PKP Pemulihan).

Seramai 11.06 juta penerima bakal menerima bayaran fasa kedua BPN 2.0 ini tidak berapa lama lagi. Jumla ini merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada dan 460,000 penerima baharu.

Bayaran ini akan dikreditkan kepada pemohon kategori B40 terlebih dahulu pada 21 Januari dan diikuti pemohon M40 pada 25 Januari kelak.

Selain itu, penerima tanpa akaun, akan menerima bayaran melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 25 Januari juga. Manakala bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, bayaran akan diterima mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan pada akhir Januari.

Pemohon-pemohon boleh membuat semakan melalui portal rasmi BPN iaitu di https://bpn.hasil.gov.my mulai 15 Januari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.