Utama Teknologi Samsung bawakan teknologi Processing-in-Memory (PIM) ke Penggunaan yang lebih meluas

Samsung bawakan teknologi Processing-in-Memory (PIM) ke Penggunaan yang lebih meluas

332
0

Sejak mula diperkenalkan pada Februari lalu, HBM-PIM (Aquabolt-XL) telah pun diuji pada pemecuit AI Xilinx Virtex Ultrascale+ (Alveo). Melalui pengujian tersebut teknologi memori dari Samsung ini mampu meningkatkan prestasi sistem hampir 2.5 kali ganda. Serta mampu mengurangkan penggunaan tenaga lebih dari 60%.

Pencapaian baharu teknologi processing-in-memory (PIM) ini telah dipertontonkan Samsung di dalam persidangan tahunan Hot Chips 33. Antara yang dipersembahkan termasuklah kejayaan integrasi pertama High Bandwidth Memory dengan processing-in-memory (HBM-PIM) ke dalam sistem pemecut komersil.

Selain itu, Acceleration DIMM (AXDIMM) pula telah banyak mengurangkan pergerakan data antara CPU dan DRAM dengan membawakan kuasa pemproses ke modul DRAM berkenaan.

Melalui bantuan enjin AI terbina di dalam cip penampan, AXDIMM boleh melaksanakan pemprosesan berjajaran pelbagai peringkat memori. Kaedah ini berbeza dengan kebiasaan sebelum ini yang hanya mengakses ke satu peringkat sahaja dalam satu-satu masa.

AXDIMM juga dikatakan menawarkan peningkatan prestasi di dalam aplikasi berasaskan AI yang disarankan. Serta pengurangan tenaga di seluruh sistem sebanyak 40%.

Teknologi mudah alih Samsung LPDDR5-PIM juga berkeupayaan menyediakan kemampuan AI bebas tanpa sambungan ke pusat data.

Melalui ujian simulasi berkenaan, teknologi ini boleh menggandakan prestasi dan mengurangkan penggunaan tenaga sehingga 60% apabila digunakan untuk pengecaman suara, penterjemahan dan aplikasi chatbot.

Samsung menguumumkan perancangan untuk memperluaskan teknologi memori AI ini dengan menjalinkan usahasama dengan pemain industi lain bagi menetapkan piawaian platform PIM menjelang separuh tahun pertama 2022.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.