Utama Android Xiaomi Xiaomi 11T & 11T Pro dikatakan muncul di pasaran Eropah, Menjadi peranti...

Xiaomi 11T & 11T Pro dikatakan muncul di pasaran Eropah, Menjadi peranti Xiaomi Global pertama tidak guna “Mi”

585
0

Desas-desus mengenai siri Mi 11T kini telah mendapatkan perkhabaran baharu apabila terdapat dua model 11T muncul di laman wakil jualan di Eropah.

Melaluinya, didapati Xiaomi tidak lagi menggunakan jenama “Mi”. Telefon Xiaomi baharu berkenaan juga akan dikenali sebagai “Xiaomi Mi 11T”.

Ia akan hadir dengan pilihan konfigurasi 8GB/128GB dan 8GB/256GB dengan harga masing-masing €746 (~RM 3,683) dan €778 (~RM 3,861). Terdapat tiga pilihan warna ditawarkan iaitu Moonlight White, Meteorite Gray dan Celestial Blue.

Turut dikatakan muncul, Xiaomi 11T Pro yang hadir dengan konfigurasi 8/128 GB dan 8/256 GB. Kedua-dua model ini dikatakan akan dijual pada harga €896 (~RM 4,424) €929 (~RM 4,587).

Berdasarkan maklumat yang tertiris sebelum ini, 11T Pro akan menggunakan cipset Snapdragon 888. Manakala model standard pula akan menggunakan MediaTek Dimensity 1200.

Beberapa hari yang lepas, Xiaomi telah mengumumkan akan mengadakan acara pelancaran produk baharu pada 15 September ini.

Pengumuman berkenaan tidak menyebut peranti apakah yang akan dilancarkan. Namun, ramai yang berpendapat Xiaomi akan memperkenalkan siri Xiaomi 11T pada tarikh tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.