Pra-tempahan dan jadual penjualan siri Samsung Galaxy S24 dilaporkan telah tertiris. Menurut The Elec, Samsung dilihat akan mengadakan pelancaran siri Galaxy S24 akan dibuat pada 17 Januari 2024.
Tarikh berkenaan sebelum ini pernah pun tertiris sebelum ini. Apa yang tidak diketahui lagi pada ketika itu adalah bilakah telefon pintar mercu ini akan mula dijual. Menurut laporan baharu tersebut, Samsung akan mula membuka pra-tempahan untuk Galaxy S24, S24+, dan S24 Ultra sebaik sahaja pelancaran tersebut selesai.
Laporan yang smaa juga menyatakan bagi anda yang membuat pra-tempahan untuk telefon pintar Samsung terkini akan mula menerimanya pada tarikh sekitar 26 Januari sehingga 30 Januari. Jualan umum untuk siri berkenaan dijangka bermula pada 30 Januari 2023.
Samsung dilaporkan menganjakkan pelancaran siri Galaxy S24 kepada 15 hari lebih awal bagi memberikan lebih saingan dengan siri iPhone 15 selain meningkatkan prestasi kewangan sukuan pertamanya. Tahun ini Samsung melancarkan siri Galaxy S23 pada 1 Februari 2023.
Galaxy S24 dikatakan akan membawa sejumlah ciri sokongan janaan kecerdasan buatan (A.I.) terbina dalam peranti seperti pembantu sejagat baharu yang dikenali sebagai Galaxy AI.