Utama Android Samsung Samsung Galaxy S23 Ultra secara rasminya telah dilancarkan; Harga jualan di Malaysia...

Samsung Galaxy S23 Ultra secara rasminya telah dilancarkan; Harga jualan di Malaysia bermula dari RM5,699

410
0
Samsung Galaxy S23 Ultra KV

Samsung baru sahaja mengadakan acara Galaxy Unpacked di San Francisco bagi melancarkan siri Galaxy S23 baharu. Sama seperti model-modelnya sebelum ini, siri Galaxy S baharu keluaran tahun 2023 ini diterajui oleh Galaxy S23 Ultra.

Selaku model terbesar di dalam keluarga ini, Galaxy S23 Ultra yang menerima persijilan IP-68 ini dilengkapkan dengan skrin Dynamic AMOLED 2X 6.8-inci yang dilindungi oleh Corning Gorilla Glass Victus 2. Kaca ini juga digunakan bagi melindungi permukaan belakangnya.

Melalui resolusi natif QHD+ dan sokongan untuk S Pen yang sudah terbina di dalamnya, skrinnya ini turut menyediakan keupayaan kadar penyegaran semula dinamik di antara 1Hz hingga 120Hz.Samsung Galaxy S23 Ultra S Pen

Menggunakan pemprosesan Qualcomm tersuai, Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, Samsung mendakwa cipset ini merupakan pemprosesan Snapdragon paling pantas setakat ini. Ia juga didatangkan dengan ruang penyejukan lebih besar berbanding yang terdapat pada Galaxy S22 Ultra.Samsung Galaxy S23 Ultra Gaming

Samsung juga menawarkan RAM 12GB sahaja pada semua pilihan Galaxy S23 Ultra selain turut dipra-pasang dengan antaramuka One UI 5.1 yang berasaskan sistem operasi Android 13.

Sensor kamera 200MP baharu

Salah satu ciri yang menjadi tumpuan utama Galaxy S23 Ultra adalah pada sensor Adaptive Pixel 200MP baharu yang ditempatkan pada kamera utamanya. Bergandingan dengan lensa f/1.7, keupayaan pixel binning sensor ini menawarkan tiga tahap pilihan output merangkumi 200MP, 50MP dan 12MP.

Modul kamera belakangnya ini juga menampilkan kamera ultra lebar 12MP f/2.2 dan dua telefoto 10MP yang mampu memberikan zum optikal di antara 3x dan 10x selain turut mampu melakukan zum digital 100x. Samsung turut menyatakan kamera Galaxy S23 Ultra ini hadir dengan penstabil imej optikal berganda dan keupayaan rakaman video 8K.

Untuk swafotonya, Galaxy S23 Ultra menyediakan kamera 12MP f/2.2 yang turut dilengkapkan dengan ciri autofocus dan Super HDR. Selain dari itu, pengguna juga boleh merakamkan video menerusi kamera swafoto berkenaan pada kadar 60fps.

Melengkapkan spesifikasi umum Galaxy S23 Ultra, sebuah bateri 5,000mAh turut didatangkan bersama-sama dengan telefon pintar ini. Samsung menyatakan anda hanya memerlukan masa 30 minit sahaja untuk mengecaskan telefon pintar ini pada kadar 67% kapasiti apabila digunakan bersama pengecas 45W. Pun begitu, pengecas tidak disediakan bersama-sama pembelian telefon pintar ini.Samsung Galaxy S23 Ultra-1

Di Malaysia, anda boleh membeli Galaxy S23 Ultra dalam tiga konfigurasi termasuk model 256GB yang berharga RM5,699. Turut disediakan pilihan 512GB yang berharga RM6,199 dan untuk kapasiti storan yang paling besar pula, 1TB berharga RM7,199.

Pembelian boleh dibuat menerusi Samsung Online Store dan anda juga boleh memanfaatkan program pra-tempahan yang kini telah dibuka sehingga 23 Februari 2023. Pelbagai tawaran menarik ditawarkan termasuk menaik taraf pilihan storan, diskaun untuk produk-produk Galaxy terpilih dan satu e-Voucher RM400.Samsung Galaxy S23 Ultra Front Back

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.