Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm perkenalkan Snapdragon 8 Gen 2; Lebih pantas, cekap lengkap dengan sokongan...

Qualcomm perkenalkan Snapdragon 8 Gen 2; Lebih pantas, cekap lengkap dengan sokongan ‘Ray Tracing’ dan Wi-Fi 7

401
0
Snapdragon 8 Gen 2 launched

Qualcomm telah mengumumkan pemprosesan mercunya yang terkini, Snapdragon 8 Gen 2. Menawarkan pelbagai penambahbaikan dari segi prestasinya, pemprosesan mudah alih ini dijangka pertama kali akan hadir peranti-peranti mercu menjelang akhir tahun ini.

Sebelum ini, cipset terbaru keluaran Qualcomm ini dikenali sebagia SM8550-AB dan dihasilkan melalui proses pembuatan 4nm.

CPU dan GPU

Qualcomm menumpukan pada penambahbaikan kecekapan penggunaan tenaga tanpa mengorbankan peningkatan pada prestasinya. Tiga CPU Kryo baharu di dalam pemprosesan ini membawakan peningkatan prestasi sehingga 35% lebih tinggi dengan kecekapan tenaga 40% lebih tinggi.

Kelajuan klok pemprosesan baharu ini masih lagi sama dengan Snapdragon 8+ Gen 1. Cuma, komposisi terasnya adalah berbeza dengan teras tunggal Kryo Prime (berasaskan Cortex-X3) beroperasi pada 3.2GHz untuk membolehkan ia memberikan prestasi bebenang (thread) tunggal yang tinggi.

Berbeza dengan pemprosesan sebelumnya yang mempunyai tiga teras, 8 Gen 2 mempunyai empat teras Performance yang beroperasi pada 2.8GHz. Untuk teras berkecekapan (Efficiency) pula, terdapat tiga buah teras dilengkapkan pada pemprosesan ini berbanding empat sebelum ini dan beroperais pada 2.0GHz.

Snapdragon 8 Gen 2 ini juga menyokong teknologi memori baharu yang lebih pantas. Ia mampu menyokong penggunaan RAM LP-DDR5X sehingga 4,200MHz (peningkatan dari LP-DDR5 pada 3,200MHz) dan storan berformat UFS 4.0 yang baharu.

Penggunaan GPU Adreno baharunya pula menjanjikan prestasi 25% lebih tinggi dengan kecekapan tenaga 45% lebih tinggi. Ia juga membawakan sokongan untuk pecutan berasaskan perkakasan ‘ray-tracing’ ke dalam platform Snapdragon. GPU ini juga merupakan yang pertama menyokong Vulkan 1.3 (bersama-sama dengan OpenGL ES 3.2).Snapdragon 8 Gen 2 Gaming

Memandangkan perkakasan ‘ray-tracing’ ini akan tersedia pada peranti mudah alih mercu, dijangkakan lebih banyak pembangun permainan mudah alih akan memanfaatkan teknologi baharu ini bagi menghasilkan kualiti grafik yang lebih baik.

Snapdragon 8 Gen 2 juga mampu memacu paparan peranti beresolusi QHD+ sehingga 144Hz atau sehingga 60Hz bagi resolusi 4K. Pemprosesan mudah alih ini juga menyokong paparan pada skrin luaran sehingga 4K pada 60Hz (dengan warna gamut 10-bit Rec. 2020, HDR10+ dan Dolby Vision). Qualcomm juga membolehkan penyahkodan video (video decoding) AV1 untuk sokongan penstriman video sehingga 8K pada 60fps (dengan HDR).

Kamera

Qualcomm menyatakan sensor Sony Digital Overlap HDR (DOL-HDR) dan sensor Samsung 200MP HP3 telah dioptimasikan penggunaannya bersama-sama ISP Snapdragon. Sama seperti modelnya terdahulu, Gen 2 membawakan tiga ISP 18-bit yang mampu menguruskan tiga kamera 36MP (30fps) secara serentak atau 200PM untuk satu kamera. Sensor 108MP juga disokong dengan sesar pengatup (shutter lag) sifar.

Untuk videonya pula, cipset ini mampu merekodkan video HDR 8K pada 30fps (dan mengambil foto 64MP secara serentak), video 4K pada 120fps dan rakaman gerak perlahan (720p pada 960fps). Ia menyokong sebilangan format HDR termasuk HDR10+, HLG dan Dolby Vision. Melalui penggunaan sensor DOL, ia mampu menangkap sehingga empat dedahan bagi setiap bingkai video.

Ketersambungan

Snapdragon 8 Gen 2 menaik taraf modemnya kepada penggunaan modem Snapdragon X70 baharu. Ia menyokong kedua-dua spektrum 5G iaitu mmWave dan sub-6GHz. Kelajuan paut turun (downlink) puncaknya adalah pada 10Gbps dengan paut naik (uplink) puncaknya pada 3.5Gbps, sama seperti model sebelumnya.Snapdragon 8 Gen 2 W-Fi 7

Modem ini juga menyokong operasi Dwi-SIM, Dual-Active (DSDA) yang membolehkan dua SIM 5G (atau 5G+4G) aktif secara serentak.

Ketersambungan lain yang disediakan pada pemprosesan ini termasuklah standard baharu Wi-Fi 7 (802.11be) melalui penggunaan sistem baharu FastConnect 78000. Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 5.8Gbps, lebih tinggi berbanding cip sebelum ini yang mencapai 3.6Gbps.

Sistem FastConnect ini juga mempunyai sokongan Bluetooth 5.3. Bersama-sama sistem Snapdragon Sound terkini, ia mampu membawakan penstriman muzik tanpa hilang (lossless) 48kHz dan juga lewahan (latency) terendah 48ms untuk permainan.

Tidak banyak yang dapat dilaporkan bagi penyambungan secara berwayarnya. Cip ini menyediakan sokongan USB 3.1 dengan Quick Charge 5 yang selari dengan piawaian USB Power Delivery.

AI

Pemprosesan Hexagon baharu ini memperkenalkan sokongan untuk format INT4 baharu buat pertama kalinya pada pemprosesan mudah alih Qualcomm. Ia menjanjikan 60% prestasi lebih baik bagi setiap Watt berbanding teknik sebelum ini.

Hexagin juga lebih pantas secara amnya dengan Qualcomm menjelaskan prestasi kecerdasan buatannya (AI) telah meningkat 4.35 kali ganda. Kuasa AI ini boleh digunakan bagi membantu kamera membuat pengecaman yang lebih baik bagi membezakan objek di dalam imej seperti wajah, rambut, pakaian dan latar belakang untuk diproses.

Senarai pengeluar telefon pintar yang akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2

Snapdragon 8 Gen 2 Device LisyBeberapa pengeluar utama peranti Android telah menyatakan penggunaan pemprosean Snapdragon 8 Gen 2 ini pada telefon pintar mercu keluaran masing-masing. Ada diantaranya dilaporkan akan memperkenalkan pada tahun ini.

Berikut adalah senarai pengeluar telefon pintar yang akan menggunakan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 pada telefon pintar terkini keluaran masing-masing tidak lama lagi:

  1. Asus ROG
  2. Honor
  3. iQOO
  4. Motorola
  5. nubia
  6. OnePlus
  7. Oppo
  8. Red Magic
  9. Sharp
  10. Sony
  11. vivo
  12. Xiaomi
  13. Meizu
  14. ZTE

Setakat ini masih belum diketahui pengeluar mana yang akan menjadi yang pertama memperkenalkan telefon pintar dengan Snapdragon 8 Gen 2 pada tahun ini. Malah, Samsung yang dijangka akan memperkenalkan siri Galaxy S23 tidak lama lagi juga tidak dinyatakan di dalam senarai tersebut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.