Utama Android Samsung Samsung Galaxy S20 Ultra kini secara rasminya menyokong 5G di Malaysia

Samsung Galaxy S20 Ultra kini secara rasminya menyokong 5G di Malaysia

285
0
Samsung Galaxy S20 Ultra 5G Yes Malaysia

Lebih kurang setahun selepas Yes 5G dari YTL Communications memperkenalkan perkhidmatan 5G komersil kepada penggunanya, Samsung Galaxy S20 Ultra 5G yang diperkenalkan pada 2020 kini telah mula disokong di dalam rangkaian berkenaan.

Perkara ini telah diumumkan menerusi laman rasmi Facebook Yes 5G. Pengguna peranti berkenaan kini boleh menikmati rangkaian 5G tanpa had melalui kad SIM Yes 5G dan berada di dalam kawasan liputan Digital Nasional Berhad (DNB).

Buat masa ini, Yes 5G menawarkan sokongan untuk sejumlah 31 peranti 5G Samsung Galaxy yang merangkumi telefon pintar dan tablet. Beberapa syarikat telekomunikasi lain juga kini menawarkan perkhidmatan teknologi rangkaian 5G kepada pengguna.

Bagaimanapun, peranti yang disokong tidak semestinya sama antara satu sama lain. Menurut Yes, buat masa ini pihaknya menawarkan sokongan 5G untuk peranti Samsung Galaxy yang paling banyak.yes-5g-samsung-galaxy-s20-ultra

Untuk memanfaatkan teknologi 5G pada peranti Samsung Galaxy, anda perlu terlebih dahulu mengemaskini ke versi perisian paling terkini. Galaxy S21 Ultra sebelum ini mula ditawarkan sokongan ke rangkaian Yes 5G pada Mac lalu menerusi kemaskini One UI 4.1.

Buat masa ini, rangkaian 5G menerusi Digital Nasional Berhad (DNB) meliputi 36% kawasan berpendudukan dengan sejumlah 2,715 tapak sehingga 31 Oktober 2022. Kuching dan Kota Kinabalu merupakan antara kawasan terbaru yang menerima liputan rangkaian 5G.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.