Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Samsung Galaxy AI akan hadir ke Galaxy S22, S21 dan lain-lain

Samsung Galaxy AI akan hadir ke Galaxy S22, S21 dan lain-lain

282
0

Samsung akan menerbitkan kemaskini baharu untuk telefon pintar mercu keluarannya sebelum ini yang turut menyertakakan Galaxy AI. Kemaskini One UI 6.1 yang telah mula diterbitkan untuk telefon pintar mercu keluaran tahun lepas baru-baru ini, kini akan hadir ke model mercu keluaran tahun 2022 dan 2021.

Ia akan hadir ke siri Galaxy S22, S21, Z Fold 3, Z Fold 4, Z Flip 4 dan Galaxy Tab S8. Bagaimanapun, tidak semua ciri-ciri di dalam Galaxy AI akan disediakan di dalam model-model lama berkenaan di dalam kemaskini tersebut.

Untuk model keluaran tahun 2021, hanya dua ciri AI yang disediakan di dalam kemaskini tersebut iaitu Google Circle to Search dan Magic Rewrite. Ciri Circle to Search membolehkan anda membuat carian pantas berdasarkan apa yang dipaparkan di atas skrin. Manakala Magic Rewrite pula mirip dengan Chat Assists yagn menggunakan AI generatif bagi membantu anda menukar gaya dan nada mesej anda menerusi papan kekunci.

Akses ke ciri-ciri Galaxy AI untuk model keluaran tahun 2022 pula adalah sama seperti yang ditawarkan kepada model tahun 2023. Cuma tiada ciri Instant Slo-mo disediakan untuk model berkenaan.

Menurut SamMobile, kemaskini OneUI 6.1 untuk model-model mercu Samsung Galaxy lama ini akan mula ditawarkan pada awal Mei ini kepada pengguna-pengguna di Korea Selatan sebelum menyusul ke pasaran-pasaran global lain.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.