Utama Android Samsung One UI 6 dengan Android 14 kini tersedia untuk Siri Galaxy S23

One UI 6 dengan Android 14 kini tersedia untuk Siri Galaxy S23

206
0
Samsung OneUI 6-0

Samsung telah mula menawarkan kemaskini antaramuka One UI 6 yang membawakan bersama-sama Android 14 dan kemaskini keselamatan 1 Oktober untuk semua model Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23 dan Galaxy S23+ di seluruh dunia.

Kemaskini bersaiz 3GB ini membawakan pelbagai penambahbaikan dan ciri-ciri baharu. Ia meliputi font lalai baharu, ikon baharu, label ikon baharu, dan cara baharu yang membolehkan jam ‘lockscreen’ jadi lebih besar atau boleh digerakkan.

Quick Panel juga mempunyai tata susunan butang baharu dengan Wi-Fi dan Bluetooth mempunyai tempatnya sendiri di bahagian atas. Butang togol pantas dan kecerahan pula dialihkan ke bahagian bawah.

One UI 6 turut membawakan pemain video Studio baharu. Pengguna boleh mengaksesnya dengan membuka aplikasi Gallery dan mengaktifkannya dari situ. Ia merupakan fungsi penyunting video berasaskan projek dengan pelbagai ciri-ciri sokongan yang berguna. Buat masa ini ia hanya menyokong output FHD.Ulasan Samsung Galaxy S23-1

Lain-lain ciri yang disediakan untuk antaramuka baharu ini termasuklah widget Weather baharu, rupa bentuk Samsung Health baharu, mod Airplane yang lebih pintar dengan mengekalkan sambungan Wi-Fi dan Bluetooth, menu tetapan Battery yang telah diletakkan bersebelahan Display dan banyak lagi.

Anda yang menggunakan siri Galaxy S23 boleh membuat semakan kemaskini untuk mendapatkannya.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.