Samsung telah melancarkan Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G ke pasaran tempatan bermula 25 Mac 2026. Model-model telefon pintar baharu ini memfokuskan teknologi kecerdasan buatan (Awesome Intelligence) dan ciri-ciri profesional pada harga yang berpatutan.

Melalui antaramuka One UI 8.5, telefon pintar baharu ini membawakan inovasi AI canggih. Antaranya Voice Transcription, AI Select, Object Eraser dan Circle to Search bersama ejen perbualan digital Gemini bagi memudahkan tugas harian.

Untuk memastikan ketahanan serta ketenangan minda pengguna, Samsung turut menjanjikan sokongan peranti jangka panjang yang komprehensif. Ia merangkumi kemas kini OS Android sepanjang enam generasi dan enam tahun kemas kini keselamatan.

Spesifikasi

Spesifikasi Samsung Galaxy A57 5G Samsung Galaxy A37 5G
Paparan 6.7″ FHD+ Super AMOLED+, 120Hz adaptif, Vision Booster 6.7″ FHD+ Super AMOLED, 120Hz
Cip Pemprosesan Exynos 1680 (4nm) dengan GPU AMD Xclipse 550 Exynos 1480
Kamera Belakang 50MP Utama (OIS) + 12MP Ultra Lebar + 5MP Makro 50MP Utama (OIS) + 8MP Ultra Lebar + 5MP Makro
Kamera Hadapan 12MP 12MP
Bateri & Pengecasan 5,000mAh, Super Fast Charging 2.0 (45W) 5,000mAh, Pengecasan pantas 45W
Sistem Operasi Android 16, One UI 8.5 (Disertakan pelbagai ciri Galaxy AI) Android 16, One UI 8.5 (Disertakan pelbagai ciri Galaxy AI)
Sokongan Kemas Kini 6 generasi OS Android & 6 tahun keselamatan 6 generasi OS Android & 6 tahun keselamatan
Ketahanan IP68 (Kalis air dan debu), kaca Gorilla Glass Victus+ IP67 (Kalis air dan debu), kaca Gorilla Glass Victus+
Harga Jualan
  • 12GB + 256GB – RM2,399
  • 12GB + 512GB – RM2,699​
  • 12GB + 256GB – RM1,899
  • 12GB + 512GB – RM1,999​

Harga Galaxy A57 5G dan Galaxy A37 5G di Malaysia

Galaxy A57 5G kini ditawarkan pada harga bermula dari RM2,399. Manakala Galaxy A37 5G pula harganya bermula daripada RM1,899.

Rebat eksklusif sehingga RM300 turut ditawarkan bersempena pelancarannya bermula dari 25 Mac hingga 31 Disember 2026.

Tinggalkan komentar