Utama Android Samsung Samsung menawarkan diskaun RM 400 untuk siri Galaxy S21 minggu ini

Samsung menawarkan diskaun RM 400 untuk siri Galaxy S21 minggu ini

326
0

Sepanjang minggu ini, Samsung kini menawarkan diskaun RM 400 untuk telefon pintar mercu keluarannya yang terkini, siri Galaxy S21. Penawaran ini diberikan untuk semua jenis model berkenaan iaitu Galaxy S21, Galaxy S21+ dan Galaxy S21 Ultra.

Selain dari diskaun berkenaan, para pelanggan juga akan menerima lebih perlindungan untuk siri Galaxy S21 berkenaan melalui pelan Samsung Care+.

Berikut adalah harga selepas diskaun bagi siri Galaxy S21 sepanjang minggu ini:

  • Galaxy S21 8GB/128GB: RM 3,099 (RRP – RM 3,499)
  • Galaxy S21 8GB/256GB: RM 3,299 (RM 3,699)  
  • Galaxy S21+ 8GB/128GB: RM 3,599 (RM 3,999)
  • Galaxy S21+ 8GB/256GB:  RM 3,899 (RM 4,299)
  • Galaxy S21 Ultra 12GB/128GB: RM 4,599 (RM 4,999)
  • Galaxy S21 Ultra 12GB/256GB: RM 4,899 (RM 5,299)
  • Galaxy S21 Ultra 12GB/512GB: RM 5,499 (RM 5,899)

Menerusi pelan Samsung Care+ yang ditawarkan bersama, kesemua model yang terlibat layak menerima perlindungan selama 2 tahun dari kemalangan, masuk air dan juga kerosakan lain.

Biasanya pelan ini berharga RM630 tetapi, bagi anda yang membeli siri Galaxy S21 sehingga 31 Mei 2021, anda layak menerima pelan ini secara percuma.

Bukan itu sahaja, pembelian siri Galalxy S21 sepanjang tempoh promosi ini juga akan menerima cenderahati percuma seperti berikut:

Model Cenderahati percuma
Galaxy S21 Ultra 5G Cenderhati bernilai sehingga RM917:

  • Satu unit Galaxy SmartTag (2-pek) (bernilai RM209)
  • Satu unit Galaxy Buds+ (bernilai RM449)
  • Satu unit Wireless Charger Duo (bernilai RM259)
Galaxy S21+ 5G Cenderahati bernilai sehingga RM658:

  • Satu unit Galaxy SmartTag (2-pek) (bernilai RM209)
  • Satu unit Galaxy Buds+ (bernilai RM449)
Galaxy S21 5G

Anda yang berminat boleh mendapatkan siri Galaxy S21 sepanjang minggu ini dari wakil-wakil jualan Samsung yang sah di dalam talian dan kedai fizikal di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.