Sekali lagi, Microsoft melancarkan binaan Windows 10 Insider Preview untuk minggu ini, semalam. Dinamakan sebagai Build 21387, binaan ini boleh didapati menerusi saluran Dev Windows 10. Perkara yang paling perhatian pada veris ini adalah ianya merupakan binaan pertama tanpa Internet Explorer diaktifkan.

Microsoft baru-baru ini telah mengumumkan tarikh penamatan Internet Explorer di dalam Windows 10. Bagaimanapun, tindakan ini tidak membuang IE sepenuhnya dari Windows 10. Berdasarkan binaan pratonton ini, IE masih lagi wujud di dalamnya, cuma pengguna tidak boleh menggunakannya.

Kewujudan IE di dalam Windows 10 Insider Preview berkenaan adalah untuk Microsoft Edge menjalankan aplikasi atau laman web tertentu dalam mod khas IE. Mod ini memerlukan enjin dari Internet Explorer bagi membolehkan aplikasi atau laman web tersebut boleh dijalankan.

Tidak banyak ciri lain yang boleh diperkatakan mengenai Windows 10 Insider Preview build 21387 ini. Menurut Microsoft, pihaknya mematikan mod Eco di dalam Task Manager binaan OS ini bagi meningkatkan pengalaman pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.