Utama Mobile Aplikasi Paparan Web CIMBClicks hadir dengan wajah baharu

Paparan Web CIMBClicks hadir dengan wajah baharu

101
0

Laman web perbankan dalam talian CIMBClicks kini tampil dengan wajah baharu. Rekaan terbaru ini selaras dengan reka bentuk paparan bagi aplikasi mudah alihnya.

Paparan utamanya kini menyediakan rekaan yang lebih moden dan kemas bagi meningkatkan pengalaman kepenggunaannya. Ringkasan akaun pengguna merangkumi simpanan dan pelaburan menjadi fokus di dalam paparan utamanya.

Akses pantas ke menu-menu popular ditempatkan pada sebelah kanan paparan. Manakala menu-menu yang lebih penuh pula diletakkan di sebelah kiri.

Anda boleh menyemak paparan antara muka web baharu CIMBClicks ini bermula dari hari ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.