Utama Internet Timbalan Datuk Bandar di Perancis ugut saman pihak sebar imej polis saman...

Timbalan Datuk Bandar di Perancis ugut saman pihak sebar imej polis saman wanita pakai Burkini di Internet

1082
3

Pelbagai kontroversi timbul semenjak kawasan Côte d’Azur di bahagian selatan Perancis merancang untuk mengharamkan pemakaian burkini – sejenis pakaian mandi yang menutup aurat yang kini menjadi pilihan sebahagian muslimah untuk mandi di tempat awam.

Banyak pihak melalui media sosial mengecam tindakan pihak berkuasa berkenaan. Malah, akhbar Guardian turut menggelarkan tindakan tersebut sebagai “bizarre inversion” yang mana mirip tindakan golongan ekstremis agama tetapi cuma terbalik sahaja. Satu larang dedah, satu lagi larang tutup. Kong kali kong.

Antara komen-komen menarik yang diberikan oleh pengguna Twitter di seluruh dunia berkenaan isu ini adalah;

Lanjutan dari isu berkenaan, Daily Mail telah melaporkan insiden di mana seorang wanita telah dipaksa menanggalkan pakaiannya dan membayar denda. Walaupun Daily Mail kadang sumbernya tak boleh pakai, namun beberapa penerbitan lain turut mengesahkan kejadian yang sama. Foto yang memaparkan insiden di mana pihak polis meminta wanita berkenaan menanggalkan pakaiannya atas alasan memakai burkini telah pun tersebar di seluruh internet.

Memburukkan lagi keadaan, Timbalan Datuk Bandar Nice, Christian Estrosi mengugut untuk menyaman mana-mana pihak yang berkongsikan imej-imej tindakan polis berkenaan di media sosial.

Ya. Di Perancis. Sebuah negara yang seringkali melaungkan hak-hak kebebasan bersuara dan beragama. Kali ini bertindak melarang wanita-wanitanya dari mengenakan pakaian yang mereka inginkan. Juga, mahu menyaman mana-mana pihak yang memaparkan salah laku polisnya.

3 KOMEN

    • Diorang sembang pasal kebebasan. Padahal diorang pun sebenarnya mengongkong jugak. Kalau dah warga Islam sendiri memilih untuk menutup aurat, apa salahnya.

      Patutnya, kalau nak ikut adil cara diorang, nak pakai tutup aurat tu sebenarnya termaktub di dalam hak kebebasan hidup beragama individu.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.