Isu panggilan penipuan (scam) dan panggilan rujukan tidak dikehendaki (spam) kini menjadi ancaman yang semakin serius serta membimbangkan bagi rakyat Malaysia.

Menyedari kegusaran tersebut, Samsung memperkenalkan fungsi terbaharu, Call Screening, pada siri telefon pintar mercu terbaharu mereka, Samsung Galaxy S26 Series.

Fungsi yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (Galaxy AI) ini bertindak seumpama ‘pengawal peribadi digital’ yang akan menjawab panggilan daripada nombor tidak dikenali bagi pihak pengguna. Sekali gus mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa jenayah siber.

Bagaimana Galaxy AI Menapis Panggilan Anda?

Bagi masyarakat di Malaysia, situasi diganggu oleh pemanggil yang menyamar sebagai pegawai bank, penguatkuasa agensi kerajaan, anggota polis, ejen insurans, mahupun isu penghantaran bungkusan (parcel) palsu kini menjadi sebahagian daripada realiti harian yang merimaskan.

Melalui ciri Call Screening, proses penapisan dilakukan secara langsung seperti berikut:

  • Aktivasi Automatik: Apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, pengguna boleh mengaktifkan fungsi Call Screening.
  • Interaksi Suara AI: Pembantu suara AI akan menjawab panggilan tersebut secara automatik dan meminta pemanggil menyatakan nama serta tujuan mereka dengan sopan.
  • Transkrip Masa Nyata (Real-Time): Semasa pemanggil sedang bercakap, siri Galaxy S26 akan memaparkan teks perbualan tersebut secara langsung di atas skrin.

Berdasarkan teks transkrip berkenaan, pengguna mempunyai tiga pilihan tindakan:

  1. Menjawab sendiri panggilan tersebut sekiranya ia didapati penting atau sah (seperti panggilan daripada penghantar barang).
  2. Menolak (reject) panggilan serta-merta tanpa perlu bercakap jika ia kedengaran mencurigakan.
  3. Menaip balasan teks ringkas (contohnya: “I’ll call you back later”), dan sistem AI akan membacakan teks tersebut kepada pemanggil.

Ciri penapisan ini disokong dalam pelbagai bahasa utama termasuk bahasa Inggeris, Jepun, Korea, Mandarin, Thai, Vietnam, Hindi, Sepanyol, Perancis, Jerman, Itali, Portugis, dan Poland.

Tawaran Eksklusif Dan Promosi

Sempena pelancaran siri peranti premium ini, Samsung Malaysia Electronics menawarkan promosi eksklusif bermula dari 4 Mei 2026 sehingga 21 Jun 2026 dengan penjimatan nilai pulangan serta tawaran sehingga RM1,200 bagi peranti Galaxy terpilih.

Bagi pembelian siri Galaxy S26, pelanggan layak menerima rebat tunai sehingga RM800 sekiranya transaksi dibuat menggunakan kad kredit atau kad debit daripada bank terpilih seperti CIMB, Maybank, atau RHB.

Berikut adalah senarai model yang mengambil bahagian, harga runcit disyorkan (RRP), pilihan warna, serta promosi yang ditawarkan (selagi stok masih ada, tertakluk kepada terma dan syarat):

Model Storan RRP (RM) Warna Promo
Galaxy S26 Ultra  1TB  RM7,999 
  • Cobalt Violet
  • White
  • Black
  • Sky Blue
  • Rebate sehingga RM800 untuk pembelian melalui kad debit atau kredit CIMB, Maybank atau RHB yang layak
Galaxy S26 Ultra  512GB  RM6,799 
Galaxy S26 Ultra 256GB RM5,999
Galaxy S26+  512GB  RM6,199 
Galaxy S26  512GB  RM5,199 

Untuk pembelian Siri Samsung Galaxy S26 layari: https://www.samsung.com/my/offer/galaxy-s26-series/

Tinggalkan komentar