Apple bakal berdepan dengan tindakan undang-undang kerana gagal untuk menyatakan fungsi WiFi Assist yang baru diperkenalkan oleh syarikat berkenaan menggunakan data selular. Plaintif, William Scott Phillips dan Suzanne Schmidt Phillips mendakwa pihak mereka mengalami kerugian sekitar USD 5 juta (RM 21 juta).
WiFi Assist merupakan fungsi baru yang diperkenalkan oleh Apple untuk meningkatkan isyarat WiFi yang lemah dengan menggunakan sambungan data selular.
Secara amnya, ini bermakna peranti-peranti iOS9 tidak menggunakan isyarat WiFi jika ianya sangat lemah dan akan menggunakan sambungan data mudah alih jika sambungan tersebut lebih kuat isyaratnya dari WiFi. Kesannya, pengguna yang tidak mengetahui akan dikenakan cas penggunaan data pada bil telefon mereka.
Pihak plaintif berkenaan mendakwa Apple tidak memberi penerangan secukupnya mengenai bagai WiFi Assist berfungsi dan boleh menyebabkan pengguna dikenakan cas tambahan akibat penggunaan data mudah alih.
“The defendant’s above corrective action, however, still downplays the possible data overcharges a user could incur. Reasonable and average consumers use their iPhones for streaming of music, videos, and running various applications — all of which can use significant data. Defendant’s corrective statement does not disclose any basis for its conclusion that an average consumer would not see much increase in cellular usage.” menurut pertuduhan yang dibuat oleh plaintif terhadap Apple.
Apple dituduh melanggar undang-undang Persaingan Tidak Sihat California (Unfair Competition Law), Undang-Undang Pengiklanan Palsu dan memberikan gambaran yang salah tentang produk mereka kepada pengguna.
WiFi Assist secara automatik telah dihidupkan pada iOS9. Namun, para pengguna masih lagi boleh memilih untuk mematikannya melalui menu tetapan yang telah disediakan.
-Sumber berita diperoleh dari Apple Insider
memang naya kalau terlupa tutup mobile data, tau-tau je kredit habis