Utama Komputer Samsung menjangkakan GDDR6 akan hadir pada 2018

Samsung menjangkakan GDDR6 akan hadir pada 2018

761
0

Bukan DRAM dan High Bandwidth Memory sahaja perkakasan yang bakal dipertingkatkan teknologinya. ‘Adik-beradiknya’ pada kad grafik pun turut sama menerima peningkatan teknologi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Terbaru, Samsung mengumumkan kehadiran teknologi GDDR6 yang bakal menjadi ‘pewaris takhta’ kepada GDDR5 dan memori grafik berjujukan GDDR5X yang digunakan hari ini. Walaubagaimanapun, teknologi ini bakal menemui pengguna pada tahun 2018 dan bukannya pada tahun ini seperti yang digembar gemburkan.

Menurut Samsung, GDDR6 menawarkan kelajuan lebar jalur melebihi 14 GB/s. Sebagai perbandingan, memori grafik berjujukan GDDR5X paling tinggi menawarkan sehingga 12Gb/s. Pada kelajuan yang ditawarkan kelak, dijangkakan kelajuan lebar jalur memori standard untuk mampu mencecah 512 GB/s melalui bas memori 256-bit dan 786 GB/s jika melalui bas memori 384-bit.

Selain dari kelajuan lebar jalur, turut dipertingkatkan pengawal memori yang menggunakan teknologi generasi terkini. Melalui penggunaan teknologi ini, penggunaan tenaga menjadi lebih optimum apabila ianya 20 peratus lebih cekap berbanding GDDR5X. GDDR6 juga turut menampilkan LD4X, sejenis teknik yang membenarkan pengawal memori menjadi lebih efisien dalam menguruskan keseimbangan antara penggunaan voltan dan pengeluaran kelajuan klok.

Sesungguhnya, berita ini mendatangkan khabar gembira buat pemain game dan pencinta PC apabila berpeluang untuk melihat sejauh mana kualiti grafik dapat dipertingkatkan lagi dengan teknologi tersebut.

Sumber berita diperoleh dari Digital Trends

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.