Utama Teknologi Kecerdasan Buatan Sam Altman dilantik semula sebagai CEO OpenAI

Sam Altman dilantik semula sebagai CEO OpenAI

426
0

Sam Altman kini kembali menggalas tugas sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OpenAI selepas beliau dan rakan pengasasnya Greg Brockman dipecat oleh ahli-ahli lembaga pengarah syarikat yang diasaskannya.

OpenAI di dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui pelbagai platform media sosial menjelaskan telah mencapai persetujuan secara prinsipal dengan Altman berhubung lantikan semula beliau. Selain itu, ahli-ahli lembaga pengarah syarikat juga telah berubah.

Altman dan Brockman telah dipanggil kembali selepas pelbagai insiden berlaku selepas pemecatan tersebut. Tidak lama selepas pemecatan kedua-dua pengasas syarikat terbabit, kebanyakan kakitangan di OpenAI menentang keputusan yang dibuat oleh kumpulan ahli lembaga pengarah.

Majoriti pekerja-pekerja menyatakan kesetiaan kepada Altman dan mengancam untuk meletak jawatan dan akan mengikuti jejak langkah beliau yang menerima lantikan di Microsoft pada ketika itu.

Selain itu, pelabur-pelabur OpenAI juga menyatakan rasa tidak puas hati dengan pemecatan Altman kerana dilihat terlalu mengejut. Malah, CEO Interim Emmeet Shear yang memangku tugas Altman turut mengancam untuk meletakkan jawatan jika pihak lembaga pengarah gagal membuktikan salah laku yang telah dibuat oleh pengasas tersebut.

Pemecatan Altman oleh kumpulan lembaga pengarah sebelum ini masih belum jelas dan kedua-dua pihak bersetuju untuk melantik firma perundangan bebas bagi meneliti isu yang berlaku.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.