Utama Perkakasan Qualcomm Qualcomm melancarkan pemprosesan baharu Snapdragon 7 Gen 3

Qualcomm melancarkan pemprosesan baharu Snapdragon 7 Gen 3

185
0

Qualcomm secara rasminya telah melancarkan Snapdragon 7 Gen 3, pemprosesan baharu yang direka khusus untuk telefon pintar peringkat menengah di pasaran. Walaupun namanya kelihatan berbeza dari segi generasi, ia dilancarkan dalam tahun yang sama dengan Snapdragon 7+ Gen 2 yang dilancarkan pada awal tahun ini.

Dari segi spesifikasi, Snapdragon 7 Gen 3 berasaskan nod proses 4nm dan menampilkan 8 teras CPU Kryo yang terdiri daripada:

  • 1 teras Cortex-A715 yang beroperasi pada 2.63GHz
  • 3 teras Cortex-A715 jenis prestasi yang beroperasi pada 2.4GHz
  • 4 teras Cortex-A510 jenis berkecekapan yang beroperasi pada 1.8GHz

Ia juga mempunyai GPU Adreno baharu, namun tidak dinyatakan secara terperinci oleh Qualcomm. Pemprosesan ini juga dikatakan 50% lebih pantas berbanding Snapdragon 7 Gen 1.

Menurut Qualcomm, platform yang dinaiktaraf ini mampu memberikan pelbagai peningkatan dari segi AI atas peranti, permainan mudah alih, fotografi serta ketersambungan 5G. Platform baharu ini juga dilengkapkan dengan ciri baharu seperti kelajuan CPU sehingga 2.63GHz, prestasi GPU 50% lebih pantas, dan prestasi AI yang dipertingkatkan sehingga 60% bagi setiap watt.

Qualcomm juga telah meningkatkan sokongan kamera menerusi Snapdragon 7 Gen 3. Menerusi Qualcomm Spectra dengan tiga ISP 12-bit baharu, pemprosesan ini mampu menyokong sama ada tri-kamera 21MP, dwi-kamera 32MP + 21 MP atau kamera 64MP dengan tangkapan foto sehingga 200MP.

Untuk lain-lain ciri, Snapdragon 7 Gen 3 juga menyokong audio spatial dengan penjejakan kepala yang pertama seumpamanya untuk siri ini. Pemprosesan ini juga mempunyai Qualcomm AI Engine yang baharu dan telah ditambahbaik.

Lain-lain ciri, pemprosesan ini turut menyediakan sokongan Wi-Fi 6E, Bluetooth 5.3, sistem modem RF 5G Snapdragon X63 dan sokongan Qualcomm Quick Charge 5.

Menurut Qualcomm, HONOR dan vivo akan menjadi pengeluar pertama yang akan mengumumkan penggunaan Snapdragon 7 Gen 3 pada telefon pintar keluaran masing-masing dalam bulan ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.