Utama Android Samsung Imej Pengolokan Samsung Galaxy A35 tertiris di Internet

Imej Pengolokan Samsung Galaxy A35 tertiris di Internet

444
0

Selain dijangka akan memperkenalkan telefon pintar mercu siri Galaxy S baharu, Samsung juga mungkin akan menawarkan model baharu untuk telefon pintar menengahnya, siri Galaxy A. Salah satu model berkenaan, Galaxy A35 telah pun tertiris di arena web.

Imej pengolokan terbabit telah ditiriskan oleh pengguna Twitter dengan nama @OnLeaks. Galaxy A35 yang berwarna putih berkenaan kelihatan hampir sama dengan model keluaran tahun ini.

Malah tatasusunan tri-kamera di belakangnya juga kelihatan sama. Pun begitu, untuk kamera hadapannya pula ia berbeza kerana tidak lagi ditempatkan pada bahagian bertakuk pada paparannya. Untuk model kali ini, terdapat ruangan berpenebuk lubang yang menempatkan kamera hadapan tersebut.

Butang kuasa dan volum juga ditempat yang biasa dengan bahagian yang menempatkannya kelihatan membulat berbanding bahagian sisi lain yang rata. Turut disediakan port USB-C dan gril pembesar suara yang lebih ringkas. Bagaimanapun, telefon pintar ini tidak menyediakan bicu audio 3.5mm.

Setakat ini tiada maklumat mengenai spesifikasi Galaxy A35 ditiriskan di mana-mana platform di Internet. Menurut MySmartPrice, @OnLeaks merupakan pihak yang pertama yang mentiriskan imej pengolokan telefon pintar ini dengan menunjukkan ia dilengkapkan dengan skrin 6.6-inci. Pelancarannya dijangka mungkin diadakan pada Mac tahun hadapan, mengambil kira pelancaran model sebelumnya pada tahun ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.