Utama Apple Kerangka Titanium iPhone 15 Pro dikatakan boleh jadikan Permukaan Kaca padanya lebih...

Kerangka Titanium iPhone 15 Pro dikatakan boleh jadikan Permukaan Kaca padanya lebih mudah pecah bila terjatuh

291
0
iPhone-15-Pro-Specs Titanium

iPhone 15 Pro baharu sahaja diumumkan pelancarannya dan kini beberapa isu telah timbul mengenai telefon pintar baharu berkenaan melibatkan perkakasannya. Antara yang diperkatakan buat masa ini termasuklah permukaan kaca di belakangnya, keranka titanium yang digunakan, serta cip A17 Pro.

Untuk permukaan kaca pada bahagian belakangnya, terdapat kebimbangan mengenai tahap keutuhannya apabila iPhone berkenaan terjatuh. Kebimbangan tersebut telah cuba diuji melalui ujian jatuhan yang dilakukan oleh saluran Youtube AppleTrack.

Ujian tersebut telah membandingkan apa yang akan terjadi antara iPhone 14 Pro dengan iPhone 15 Pro apabila terjatuh. Beza antara kedua-dua iPhone berkenaan adalah pada bahan yang digunakan untuk kerangkanya.

iPhone 15 Pro yang menggunakan titanium untuk kerangkanya didapati lebih cenderung untuk retak dan pecah pada bahagian kaca pada di hadapan dan di belakangnya termasuk bahagian kameranya. Manakala iPhone 14 Pro yang menggunakan keluli tahan karat pula kelihatan lebih utuh walaupun terdapat kesan kemek pada kerangkanya dan juga retak pada bahagian permukaan kacanya.

Salah satu hipotesis tentang mengapa keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh perbezaan sifat bahan yang digunakan. Selain itu, faktor lengkungan pada kerangka terbabit juga menyumbang kepada tahap keutuhan badan iPhone 15 Pro terbabit.

Sungguhpun titanium bersifat lebih teguh berbanding keluli tahan karat, namun ia tidak begitu kenyal untuk dilenturkan seperti mana bahan yang digunakan untuk kerangka iPhone 14 Pro. Atas sebab itu, apabila terjatuh kesan hentakan tidak dapat diserap sebaiknya pada kerangka titanium. Ia sebaliknya disebarkan ke bahagian permukaan kaca iPhone 15 Pro terbabit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.