Realme-GT-Neo-1

Realme GT Neo telah pun dilancarkan secara rasminya dengan menampilkan cipet Dimensity 1200 dan rekaan menonjol pada panel belakangnya. Telefon ini kelihatan hampir sama dengan Realme GT 5G terutamanya pada ukuran, kamera dan juga skrinnya.

Menyediakan paparan Super AMOLED 6.43-inci, Realme GT Neo mempunyai paparan HD+ Penuh dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 360Hz.

Cipset MediaTek Dimensity 1200 6nm yang digunakannya turut dipadankan dengan tiga pilihan RAM iaitu 6GB, 8GB dan 12GB. Serta dua pilihan storan UFS 3.1 iaitu 64GB dan 128GB.

Realme GT Neo CameraRealme GT Neo mempunyai kamera utama 64MP pada bahagian belakangnya yang bergandingan dengan kamera ultra lebar 8MP dan makro 2MP. Kamera hadapannya pula menyediakan sebuah kamera 16MP.

Sungguhpun telefon pintar ini mempunyai bateri berkapasiti 4,500 seperti Realme GT 5G, standard pengecasannya telah diturunkan kepada 50W sahaja. Bagaimanapun, Realme akan menyediakan pengecas 65W bersama-sama pembelian telefon pintar ini.

Realme GT Neo ChargerRekaan panel belakang Realme GT Neo kelihatan amat menonjol terutamanya pada pelekatnya yang akan bersinar dengan warna pelangi apabila terkena cahaya.

Realme GT Neo CoolingOleh kerana keutamaan telefon ini adalah pada permua, ianya direka dengan plat dwi-grafit dan kaedah penyejukan cecair pada bahagian dalamannya. Sungguhpun mempunyai sistem penyejukan, telefon ini boleh dikirakan sebagai agak ringan iaitu pada 179 gram sahaja.

Dari sudut perisian, telefon pintar ini didatangkan dengan antaramuka Realme UI 2.0 yang berasaskan Android 11. Turut disediakan GT Mode bagi meningkatkan prestasi apabila memainkan permua.

Realme GT Neo versi 6/128GB akan dijual pada CNY1,799 (~RM1,134). Manakala untuk 8/128GB pula harganya adalah CNY1,899 (~RM1197) dan seterusnya untuk 12/256GB pula berharga CNY2,399 (~RM1512).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.