Utama Mobile Aplikasi Sistem Maybank jalani masa henti berjadual 3 April ini

Sistem Maybank jalani masa henti berjadual 3 April ini

999
0
Logo Maybank

Maybank telah mengumumkan masa henti berjadual bagi sistemnya yang akan dilakukan pada hujung minggu ini. Beberapa perkhidmatan tidak akan dapat diakses seperti ATM dan perkhidmatan dalam talian termasuk Maybank2u dan aplikai MAE.

Masa henti bagi perkhidmatan melibatkan aplikasi MAE dan Maybank2u akan dilakukan pada hari Sabtu, 3 April 2021, bermula dari jam 12AM hingga 3AM dan 11.30AM hingga 11.59AM. Turut terkesan sepanjang masa henti berkenaan adalah perkhidmatan ATM, kad debit dan aplikasi QRPay.

Manakala bagi perkhidmatan yang melibatkan Maybank2u Online Stocks dan Maybank Trade, masa henti dijadualkan bermula dari jam 7AM, 3 April hingga 8PM, 4 April 2021.

Pihak Maybank turut menasihatkan para pengguna supaya menyelesaikan sebarang transaksi sebelum masa henti sistem dimulakan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.