Utama Android Realme realme C63 dilancarkan secara rasminya; Berharga RM599

realme C63 dilancarkan secara rasminya; Berharga RM599

64
0
realme-c63

realme C63 merupakan telefon pintar peringkat pemula terkini keluaran realme, menawarkan keunikan dari segi perisiannya dan juga pilihan warna yang menarik. Peranti dari siri C baharu ini didatangkan dengan satu konfigurasi sahaja pada harga yang lebih rendah berbanding realme C67.

Telefon pintar ini dilengkapkan dengan paparan LCD 6.75-inci beresolusi 720p dengan kecerahan puncak 560 nits. Ia juga mempunyai kadar penyegaran semula 90 nits dan ciri Mini Capsule yang seakan-akan Dynamic Island pada iPhone.realme-c63-skrin

Menggunakan pemprosesan Unisoc T612, realme C63 mempunyai RAM 8GB dan storan dalaman 128GB. Untuk fotografinya, ia menawarkan kamera utama 50MP pada bahagian belakangnya dengan sebuah kamera 8MP pada sebelah hadapannya.

Dari segi perisiannya pula, telefon pintar baharu keluaran realme ini juga menyediakan ciri sokongan gestur udara menggunakan kamera hadapannya. Turut diketengahkan, sokongan Rainwater Smart Touch yang membantu penggunaan ketika tangan basah.

Penggunaan ciri kecerdasan buatan (artificial intelligence, A.I.) turut dimanfaatkan oleh realme C63 melalui penawaran pengurangan hingar AI dan ciri AI Boost untuk membantu menstabilkan prestasi ketika memainkan permainan mudah alih.realme-c63-spesifikasi

Selain itu, telefon pintar ini juga menawarkan kerintangan air dan debu melalui penarafan IP54. Ia juga mempunyai butang dinamik yang boleh disesuaikan untuk fungsi lampu picit, fungsi disenyapkan, kamera, muzik dan banyak lagi. Dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5,000mAh, telefon pintar ini juga menyediakan sokongan pengecasan 45W.

realme C63 didatangkan dengan pilihan warna hijau dan juga warna biru lapisan kulit vegan dan dijual pada harga RM599 bermula dari 6 Jun 2024. Anda boleh mendapatkannya menerusi kedai dalam talian rasmi realme di Shopee, Lazada dan TikTok Shop serta wakil pengedar yang sah. Pembelian dalam tempoh bermula dari 6 Jun sehingga 6 Julai berpeluang untuk menerima promosi pelindung skrin secara percuma.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.