Utama Dron Pemilik Dron Komersil dan Rekreasi di Malaysia akan diwajibkan mendaftar dengan CAAM

Pemilik Dron Komersil dan Rekreasi di Malaysia akan diwajibkan mendaftar dengan CAAM

100
0

Pemilik-pemilik dron tidak lama lagi perlu mendaftar pesawat masing-masing jika ingin menerbangkannya di dalam Malaysia, menurut Kapten Norazman Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Di dalam temubual berkenaan pelaksanaan peraturan tersebut dengan akhbar New Straits Times (NST), beliau menyatakan pemilik dron-dron termasuk komersil dan rekreasi perlu mendaftar melalui Sistem Pengurusan Trafik Pesawat Tanpa Pemandu (UAS-TM). Sistem yang dikelolakan oleh CAMM ini akan mula beroperasi menjelang suku ketiga 2025.

Sistem pengurusan trafik udara pada ketika ini meliputi penerbangan awam, pesawat biasa dan dron. Namun, dengan pertambahan bilangan pemilik dron yang mendadak, UAS TM diwujudkan bagi menguruskan dron-dron di ruangan udara Malaysia dengan lebih cekap.

Norazman juga menyatakan menurut Institut Penyelidikan Piawaian dan Industri Malaysia (SIRIM), terdapat sejumlah 155,995 pengendali operator di Malaysia dengan 80% daripadanya digunakan bagi tujuan rekreasi dan baki 20% selebihnya bagi tujuan pemantauan dan pengangkutan.

Menerusi UAS TM, pendaftaran dron dan proses pengesahan penerbangan akan dibuat secara automatik melalui empat peringkat proses. U1 akan mendaftar nama pemilik ke dalam sistem apabila pembelian dron dibuat, U2 untuk menguruskan proses pengesahan penerbangan, U3 merangkumi perkhidmatan lanjutan dalam kawasan padat, dan U4 melibatkan integrasi penerbangan bantuan pemandu dan tahap autonomi yang lebih tinggi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.