Utama Mobile Aksesori Realme Buds Air, Fon Telinga Nirwayar terbaru hadir ke pasaran Malaysia –...

Realme Buds Air, Fon Telinga Nirwayar terbaru hadir ke pasaran Malaysia – Harga dari RM299

1242
0

Realme Malaysia baru-baru ini telah mengumumkan fon telinga nirwayar terbarunya, Realme Buds Air ke pasaran Malaysia. Pertama kali dilancarkan di India, Buds Air merupakan fon telinga nirwayar sebenar (true wireless earbuds, TWE) dihasilkan oleh Realme.

Dilengkapkan dengan cip rekaan tersuai R1, Buds Air menyediakan prestasi rendah latensi bersama-sama sokongan sambungan Bluetooth 5.0. Fon telinga nirwayar terbaru turut didatangkan dengan driver audio 12mm, kawalan berasaskan sentuhan dan teknologi dwi Environment Noise Cancellation yang dipacu mic. Ia juga dilengkapkan dengan penderia optikal yang membolehkan ia mengesan sama ada sedang digunakan atau tidak.

Selain itu, Buds Air juga berkeupayaan pengecasan nirwayar yang menyokong pengecas nirwayar Qi sehingga 10W. Dari segi jangka hayat bateri, fon telinga ini boleh digunakan sehingga 3 jam untuk mendengar main semula dan boleh dipanjangkan tempoh penggunaannya sehingga 17 jam melalui bekas pengecasan tanpa wayarnya.

Boleh didapati dengan pilihan warna Putih, Realme Buds Air akan mula dijual melalui gedung atas talian rasminya di Shopee bermula pada 21 Januari 2020. Bersempena hari pelancarannya pada tarikh berkenaan, peranti ini ditawarkan dengan harga promosi pada RM199 khusus untuk hari tersebut sahaja.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.