Utama Mobile Aplikasi E-Tunai Rakyat: eDompet Touch n Go tawarkan tambahan tunai RM30 bersama-sama Cabutan...

E-Tunai Rakyat: eDompet Touch n Go tawarkan tambahan tunai RM30 bersama-sama Cabutan Bertuah

1056
0

Lanjutan dari pengumuman oleh pihak kerajaan dan Khazanah Nasional beberapa minggu lalu, inisiatif program e-Tunai Rakyat telah dilaksanakan bermula hari ini. Aplikasi eDompet Touch n Go, selaku salah satu aplikasi eDompet rasmi program berkenaan turut menyediakan tunai tambahan RM30 kepada penggunanya.

Melalui penawaran ini, pengguna secara tidak langsung menerima keseluruhan nilai tunai sebanyak RM60 dari aplikasi eDompet Touch n Go.

Selain itu, pengguna yang memohon menuntut nilai tunai e-Tunai Rakyat turut layak mendapatkan dua kali cabutan bertuah eDompet Touch n Go bermula dari hari ini sehingga 10 Mac 2020. Antara hadiah yang ditawarkan untuk cabutan bertuah ini termasuklah Proton X70, Yamaha Ego Solariz, Huawei P30 Pro, dan Vivo V15 pada setiap minggu.

Dijangkakan sambungan ke eDompet Touch n Go bakal mengalami kesesakan berikutan pertambahan jumlah pengguna mendadak yang membuat tuntutan e-Tunai Rakyat ini.

Maklumat lanjut, kunjungi laman web rasmi Touch n Go

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.