Utama Android Honor realme 11 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai 2023

realme 11 Pro 5G akan dilancarkan di Malaysia pada 20 Julai 2023

174
0

realme telah mengumumkan telefon pintar baharu keluarannya, siri realme 11 Pro 5G akan dilancarkan pada 20 Julai 2023 di pasaran Malaysia.

Terdapat tiga buah model yang akan dilancarkan nanti dengan model Pro dan Pro Plus akan menerima sentuhan reka bentuk oleh bekas pereka Gucci Prints yang terkemuka Matteo Menotto.

Panel belakang model Pro dan Pro Plus menampilkan kemasanĀ faux leather dengan satu jalur benang dianyam tengah-tengahnya. Menurut Menotto, rekaan tersebut diinspirasikan dari kotaraya Milan, Itali.

Pilihan warna yang ditawarkan untuk telefon pintar ini termasuklah hijau, hitam dan warna kombinasi jingga dengan beige dwi-tona. Bagi model standard, rekaan permukaan belakangnya tampil denganĀ faux leather ringkas dengan warna pilihan sama ada jingga atau hitam.

realme 11 Pro Plus

realme 11 Pro Plus dilengkapkan dengan paparan skrin melengkung AMOLED 6.78-inci FHD+, output warna 1.07 billion, kadar penyegaran semula 120Hz dan kadar pensampelan sentuhan 350Hz.

Di dalamnya ia dikuaskan oleh pemprosesan MediaTek Dimensity 7050G bersama-sama GPU Mali-G68. Ia juga mempunyai RAM 12GB dan storan sehingga 1TB selain turut dilengkapkan dengan bateri berkapsiti 5,000mAh dengan pengecasan pantas 100W melalui USB-C.

Untuk pengimejannya pula, model ini hadir dengan tetapan tri-kamera. Kamera utamanya menggunakan sensor Samsung ISOCELL HP3 200MP dengan sokongan SuperZoom 4X. Jenis yang sama digunakan pada Samsung Galaxy S23 Ultra. Ia juga mempunyai kamera ultra-lebar 8MP dan makro 2MP. Dalam pada masa yang sama, pada bahagian paparan berpenebuk lubang di hadapannya disediakan sebuah kamera 32MP.

realme 11 Pro

Seterusnya, realme 11 Pro. Ia kelihatan lebih kurang sama dengan model Plus terutamanya dari segi rekabentuk dan spesifikasi perkakasan.

Perbezaanya hanya pada pilihan konfigurasi memori iaitu RAM 8GB dan storan sehingga 512GB. Kelajuan pengecasan pula sehingga 67W melalui USB-C dan sensor kameranya pula terdiri daripada 100MP (utama), kamera makro 2MP, dan kamera hadapan 16MP.

realme 11

Akhir sekali model standard realme 11 yang hadir dengan skrin AMOLED yang lebih kecil iaitu 6.43-inci. Ia juga mempunyai resolusi FHD+, output warna 16.7 juta, kadar penyegaran semula 90 dan kadar pensampelan sentuhan 180Hz.

Di dalamnya, ia menggunakan pemprosesan MediaTek Dimensity 6020 5G dengan GPU Mali-G57. Ia juga menawarkan pilihan konfigurasi RAM sehingga 128GB dan storan dalaman sehingga 256GB.

Sama seperti model-model di dalam siri ini, ia juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan pengecasan 33W. Hanya dua kamera disediakan pada bahagian belakangnya iaitu kamera utama 64MP dan sensor berkedalaman 2MP. Di depannya pula disediakan sebuah kamera 8MP.

realme dijangka akan mengumumkan harga dan tarikh jualannya secara rasmi di dalam acara yang dijadualkan berlangsung pada Khamis minggu depan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.