Utama Perkakasan Samsung Samsung perkenalkan Sensor Pengimejan ISOCELL HP2 200MP, dijangka akan hadir ke Galaxy...

Samsung perkenalkan Sensor Pengimejan ISOCELL HP2 200MP, dijangka akan hadir ke Galaxy S23

212
0
Samsung-ISOCELL-HP2-2

Samsung Electronics telah memperkenalkan sensor pengimejan 200MP baharunya, ISOCELL HP2. Ia dijangka akan digunakan pada siri Galaxy S23 yang akan datang sebagai sensor utamanya.

Menurut Samsung, ISOCELL HP2 mengandungi 200 juta 0.6-micrometer (μm) piksel di dalam saiz format optikal 1/1.3” seperti yang kini banyak digunakan pada kamera utama 108MP telefon pintar.

Ini membolehkan pengguna menghasilkan gambar dari kamera telefon pintar yang lebih tinggi resolusinya tanpa perlu menempatkan kamera besar sehingga membonjol permukaan belakangnya.

Selain itu, ISOCELL HP2 mampu melaraskan dalam pelbagai bentuk pencahayaan dengan Tetra2pixel. Di dalam keadaan kurang pencahayaan, sensor berkenaan mengubah kepada bentuk sama ada 1.2μm 50MP atau 2.4μm 12.5MP dengan menggabungkan empat hingga 16 piksel bersebelahan.

Untuk video 8K yang lebih jelas, lebih kurang 33MP, HP2 mengubah kepada mod 1.2μm 50MP bagi mengurangkan pangkasan (cropping). Manakala dalam 8K pada 30fps pula, sudut pandang lebar dengan saiz piksel yang besar mampu menghasilkan video sinematik yang lebih jitu.

Memfokuskan pada pencahyaan rendah, sensor berkenaan akan mengggunakan kesemua 200 pikselnya untuk ejen pemfokusan dengan Super QPD untuk memberikan pemfokusan auto yang lebih jitu dan tuntas.

Ia juga mampu melakukan pemfokusan auto yang pantas dan melalui teknologi Dual Vertical Transfer Gate (D-VTG) baharu, ia mampu mengurangkan kesan kusam pada foto-foto yang diambil dalam keadaan malap.

Samsung juga memperkenalkan ciri DSG untuk pertama kali di dalam mod 50MP yang menggunakan dua nilai pengubah berbeza ke isyarat analog yang diterima pada peringkat piksel untuk prestasi HDR yang lebih mantap. Selain itu, Smart-ISO Pro untuk HDR menggabungkan bacaan ISO pelbagai peringkat dari satu dedahan membolehkan kamera mengambil imej 12.5MP dan video 4K pada 60fps dalam HDR.Galaxy Unpacked 2023_RM200 Registration of Interest

Samsung ISOCELL HP2 telah memasuki pengeluaran secara besar-besaran dan dijangkakan ia mungkin hadir pada telefon pintar mercu baharu Samsung Galaxy S23 nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.