AMD secara rasminya melancarkan pemprosesan yang dinanti-nantikan – Ryzen Threadripper Generasi Kedua. Sebagai makluman, pemprosesan-pemprosesan HEDT terbaru ini dikenali sebagai Ryzen Threadripper 2990WX, Threadripper 2970X, Threadripper 2950X, dan Threadripper 2920X.

Kesemua pemprosesan berkuasa tinggi ini mula hadir ke pasaran secara berperingkat bermula dari tarikh 13 Ogos hingga Oktober 2018.

Pihak AMD juga menggunakan cara penamaan baru dengan memasukkan “WX” pada nama CPU-CPU yang dikhususkan untuk kegunaan profesional. Manakala pemprosesan siri “X” yang biasa kita lihat di pasaran pula sasarannya ditujukan kepada gamers PC.

Pemprosesan terbaru ini juga boleh digunakan pada papan induk sedia ada seperti X399 kerana ianya masih lagi berasaskan soket yang sama, TR4.

Menurut AMD, Threadripper 2990WX telah berjaya memecahkan rekod overclock Cinebench R15 dengan mencatatkan markah 7,618. Rekod berkenaan sebelum ini dipegangn oleh pemprosesa Intel Core i9-7880XE dengan catatan markah 5,828).

Pra tempahan untuk pemprosesan AMD Ryzen Threadripper 2990WX kini telah mula dibuka hari ini dan ianya boleh didapati di pasaran bermula 13 Ogos ini. Untuk ketiga-tiga pemprosesan Threadripper baru yang lain, pihak AMD akan mengumumkan dalam beberapa minggu akan datang.

Bagaimanapun, setakat ini masih belum diketahui bilakah keempat-empat pemprosesan AMD terbaru ini akan hadir ke pasaran Malaysia.

Sumber berita diperoleh dari AMD

Tinggalkan komentar