Home Mobile Telco Opensignal: U Mobile adalah salah satu Telco paling banyak meningkat di Dunia

Opensignal: U Mobile adalah salah satu Telco paling banyak meningkat di Dunia

34
0

Bersempena ulang tahunnya yang ke-10, Opensignal hari ini telah mengumumkan Global Mobile Network Experience Awards. Anugerah yang julung kali diperkenalkan ini menyenaraikan syarikat-syarikat telekomunikasi terbaik di seluruh dunia.

Opensignal Global Awards 2020 dibahagikan kepada dua kategori iaitu Global Winners dan Global Leaders. Anugerah ini juga merangkumi lima ukuran penanda aras iaitu Video, Voice App, Kelajuan Muat turun, Kelajuan Memuat Naik dan Capaian 4G.

Tiada satu pun syarikat telekomunikasi dari Malaysia disenaraikan di di dalam kategori Global Winners atau Global Leaders. Hal ini amat ketara jika melihat jurang pencapaian di antara pemenang-pemenang dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan.

Bagaimanapun, ada sinar harapan pada kategori Global Rising Star anugerah tersebut yang menyenaraikan U Mobile sebagai salah satu syarikat yang paling cepat meningkat dari 30 buah syarikat di seluruh dunia.

Kategori ini mengutamakan pencapaian dari segi tahap penambah baikan yang telah dilakukan tanpa mengira sama ada syarikat tersebut besar atau kecil.

Penambahbaikan sebegini pastinya akan disambut baik oleh para penggunannya kerana rakyat Malaysia secara umumnya lebih gemar memilih perkhidmatan yang lancar pada harga yang mampu milik.

U Mobile mula beralih dari menggunakan infrastruktur rangkaian Maxis kepada rangkaiannya sendiri sepenuhnya sejak dari tahun 2017.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.