Selain dari pengumuman teknologi Quick Charge 3.0 dari Qualcomm, syarikat pengeluar cip pemprosesan khusus untuk peranti mudah alih ini turut mendedahkan pemprosesan baru yang mensasarkan pada peranti kelas pertengahan, Snapdragon 617 dan Snapdragon 430.
Snapdragon 617 disasarkan pada peranti-peranti berspesifikasi pertengahan manakala Snapdragon 430 pula disasarkan pada peranti-peranti yang dijual pada harga mampu milik.
Antara yang menarik tentang Snapdragon 617 adalah sokongan terhadap sambungan pantas X8 LTE dengan kelajuan Cat 7 dan Carrier Aggregation 2×20. Ini bermakna ia akan menyokong kelajuan memuat naik dan memuat turun pada masing-masing 100 Mbps dan 300 Mbps.
Selain dari itu, ia turut dilengkapi dengan ISP (image signal processor, pemproses isyarat imej) berganda yang mampu menyokong terhadap foto sehingga 21 megapiksel. Lain-lain dari itu, pemprosesan Qualcomm ini turut dilengkapi dengan GPU Adreno 405 dan DSP Hexagon 546 serta CPU lapan teras Cortex-A53 yang mampu diklokkan sehingga 1.5GHz.
Snapdragon 617 dijangka boleh ditemui pada telefon-telefon pintar di pasaran pada penghujung tahun 2015 ini.
Bagi Snapdragon 430 pula, pemprosesan lapan teras dari Qualcomm ini mampu diklokkan sehingga 1.2 GHz. Ia merupakan pemprosesan berspesifikasi bajet pertama yang dilengkapi dengan GPU Adreno 505.
Lain-lain ciri spesifikasinya adalah seperti DSP Hexagon 536, sokongan terhadap X6 LTE dengan kelajuan Cat 4 yang mampu memberikan kelajuan muat turun sehingga 150 Mbps, Carrier Aggregation 2 x 10 dan ISP berganda untuk memberikan sokongan foto sehingga 21 megapiksel.
Bagaimanapun, tidak seperti Snapdragon 617, Qualcomm memaklumkan Snapdragon 430 dijangka hadir lewat tahun 2016 nanti.
Kedua-dua pemprosesan ini merupakan di antara pemproses pertama yang menyokong Qualcomm Quick Charge 3.0 yang mampu mengecas 4 kali ganda lebih pantas dari cara mengecas konvensional.
Sumber berita diperoleh dari Qualcomm
salam. singgah baca.