Pengeluar automotif negara, Proton baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan Proton X70 2025. Kenderaan utiliti sukan (sport utility vehicle, SUV) ini hadir dengan rekaan ‘facelift’ berbanding asalnya yang dilancarkan pada 2018. Ia juga menampilkan reka bentuk dalaman yang diperbaharui, prestasi yang dipertingkatkan dan banyak lagi.
Antaranya Proton X70 2025 beberapa pembaharuan pada reka bentuk luarannya seperti grille baharu dengan rekaan Proton Infinite Weave dan pin-pin berbentuk permata songket. Bamper hadapannya juga digayakan semula dan kenderaan ini kini menampilkan pemantul lampu puncak (headlights) LED sepenuhnya yang lebih nipis, fender hadapan baharu dan hud yang lebih berbentuk.
Pada bahagian belakangnya, bampernya juga direka dengan pemantul melintang dan outlet udara bucu acah. Pun begitu, lampu belakangnya masih lagi kekal sama. Selain itu, X70 baharu ini juga mempunyai roda baharu iaitu dua set rim 19-inci untuk Premium dan Premium X, dua set rim 18-inci untuk Executive dan model standard kekal dengan satu set rim 17-inci.
Isi Kandungan
Reka bentuk dalaman
Perubahan yang paling ketara pada hiasan panel paparan baharu yang unik pada Proton menampilkan kemasan berwarna hitam berglos dan pencahayaan ambien 72 warna yang berubah mengikut muzik yang dimainkan. Paparan sesentuh inforia ‘terapung’ 12.3-inci yang dikuasakan oleh Atlas 2.0 turut disediakan dengan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto. Bagaimanapun fungsi sokongan tersebut akan ditawarkan kelak menerusi kemaskini OTA yang akan datang.
Perkakasan unit pengatas inforia (infotainment head unit, IHU) juga telah dinaiktaraf ke dwi pemprosesan kuad teras, RAM 4GB dan storan 32GB. Turut disediakan penambahan port USB-C pada konsol tengah dan di belakang dengan port USB kamera papan pemuka telah diubah untuk lebih mudah dicapai.
Selain itu, Proton X70 2025 juga menampilkan stereng bercabang tiga baharu, upholsteri kemasan kulit Stone Grey Nappa dengan paten jahitan baharu, dan tema yang lebih gelap untuk kelihatan lebih premium. Varian Executive pula mempunyai upholsteri berwarna hitam dengan varian Standard pula mempunyai upholsteri fabrik berwarna hitam. Panel meter digital 7.0-inci masih lagi mengekalkan saiznya, namun mempunyai grafik baharu untuk kelihatan lebih moden dengan paparan sukatan minyak dan suhu juga direka semula.
Ciri-ciri memudahkan juga telah dipertingkatkan dengan fungsi mengunci dan menyahkunci kehampiran (proximity), dan juga sokongan membuka pintu belakang dengan bebas tangan melalui ciri Nearby Auto Open.
Pemanduan semi autonomi X70 2025
X70 juga dikini disediakan dengan pemanduan semi-autonomi Level 2 seperti fungsi henti-dan-gerak, bantuan meluruskan laluan dan pengecaman tanda trafik. Lain-lain ciri yang memberikan kemudahan padanya termasuklah Autonomous Emergency Braking, Intelligent Cruise Control, Lane Departure Warning and Prevention, Lane Centring Control dan banyak lagi yang dikhususkan pada varian Premium dan Premium X.
Proton X70 2025 masih mengekalkan enjin tiga silinder TGDi turbocharged 1.5 liter yang berkeupayaan menghasilkan 177 PS dan tork 255 Nm yang bergandingan bersama-sama transmisi dwi-klac tujuh kelajuan dengan mod manual. Kenderaan ini juga kini hanya ditawarkan dengan pacuan hadapan sahaja tanpa tawaran pilihan AWD.
Menurut Proton, kenderaan baharu keluarannya ini menggunakan petrol sebnayak 7.3 liter bagi setiap 100km, penambahbaikan sebanyak 4% berbanding model 2022. Ia mampu dicapai melalui kecekapan pembakaran, pengurusan termal dan pengurangan geseran.
Selain itu, pengurangan pada Hingar, Getaran dan Kekasaran (Noise, Vibration, Harshness, NVH) turut menjadikan pemampat penyaman udara padanya kini lebih senyap. Ia menggunakan lebih penebatan betafoam dan pelekat berkelikatan tinggi ketika pembuatannya.
Dari segi kelengkapan, Proton X70 meriah dengan pelbagai penawaran seperti:
- tempat duduk penumpang hadapan yang selesa
- penyaman udara dwi-zon automatik dengan penapis udara
- pengelap cermin automatik
- lampu penyambut hadapan
- arahan suara “Hi Proton
- alatan kawalan jauh melalui aplikasi Proton Link
- brek parkir elektronik dengan pemegang auto
- kamera 360 darjah dengan paparan 3D
- pemantau tekanan tayar
- cermin gelap (tinted) dari Ionix (untuk Premium dan Premium X)
- enam beg udara
Proton X70 2025 dijual pada harga RM98,800 untuk model standard, RM110,800 untuk Executive, RM123,800 untuk Premium, dan RM126,800 untuk Premium X dengan bumbung kaca. Diskaun RM7,000 turut ditawarkan untuk 3,000 unit pertama yang dijual. Untuk warnanya, SUV ini ditawarkan dengan pilihan warna Snow White, Armour Silver dan Jet Grey, manakala untuk warna Ruby Red dan yang baharu Marine Blue hanya untuk model Premium dan Premium X sahaja.