Utama Android Samsung Samsung Galaxy S24 FE dijangka akan diperkenalkan pada Oktober ini

Samsung Galaxy S24 FE dijangka akan diperkenalkan pada Oktober ini

185
0

Buat masa ini terdapat pelbagai khabar angin berkaitan Samsung Galaxy S24 FE termasuk helaian spesifikasi yang tertiris pada awal minggu ini. Baru-baru ini, terdapat laporan yang mengatakan tarikh jangkaan pelancaran telefon pintar berkenaan bersama-sama satu lagi model yang lebih berharga mampu milik.

ETNews melaporkan Samsung Galaxy S24 FE akan dilancarkan secara global sekitar pertengahan kedua tahun ini. Namun mengambil kira sekarang ni pun dah masuk Ogos, terdapat laporan lain yang memberikan waktu yang lebih spesifik dengan mendakwa ia akan dilancarkan pada Oktober ini.

Dalam pada masa yang sama, laporan tersebut juga menyatakan spesifikasi Galaxy S24 FE yang antaranya kemungkinan akan hadir dengan:

  • Paparan Full HD+ 6.7-inci 120Hz
  • Pemprosesan Exynos 2400e
  • Kamera utama 50MP, kamera bersudut lebar 12MP, kamera kombo telefoto 3x
  • Kamera hadapan 10MP

Menariknya di dalam laporan yang sama, selain Samsung Galaxy S24 FE turut dinyatakan tentang Galaxy A16 yang dikatakan akan dilancarkan pada Disember ini. Setakat ini tidak banyak maklumat berkenaan telefon pintar peringkat pemula tersebut melainkan waktu jangkaan ia akan dilancarkan.

Pun begitu, maklumat-maklumat yang tertiris ini masih lagi belum dapat dipastikan kesahihannya selagi belum hadir dari sumber rasmi.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.