Utama Apple Pra-tempah iPhone 13 berwarna Hijau & iPhone SE Gen Ke-3 kini mula...

Pra-tempah iPhone 13 berwarna Hijau & iPhone SE Gen Ke-3 kini mula dibuka di Malaysia

616
0

Menerusi pengumuman iPhone SE Generasi Ke-3 yang menampilkan cip A15 Bionic, sokongan 5G dan bateri tahan lebih lama, Apple turut mengumumkan penambahan terkini pada siri iPhone 13 bersempena acara Peek Performance baru-baru ini.

Penambahan ini hadir dalam bentuk pilihan warna yang baharu iaitu Hijau untuk model standard dan Mini, serta Alpine Green bagi model Pro.

Warna baharu ini merupakan pilihan yang keenam untuk iPhone 13 dan iPhone 13 Mini yang sebelum ini menawarkan pilihan warna Starlight, Midnight, Blue, Pink, dan (PRODUCT)RED ketika pelancarannya dahulu.

Bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula, pilihan warna sebelum ini merangkumi Silver, Gold, Graphite, dan Sierra Blue.

Harga bagi siri iPhone 13 di Malaysia adalah seperti berikut:

  • iPhone 13 mini: RM3,399 (128GB) / RM3,899 (256GB) / RM4,799 (512GB)
  • iPhone 13: RM3,899 (128GB) / RM4,399 (256GB) / RM5,299 (512GB)
  • iPhone 13 Pro: RM4,899 (128GB) / RM5,399 (256GB) / RM6,299 (512GB) / RM7,199 (1TB)
  • iPhone 13 Pro Max: RM5,299 (128GB) / RM5,799 (256GB) /RM6,699 (512GB) / RM7,599 (1TB)

iPhone 13 dengan pilihan warna hijau baharu ini kini mula dibuka pratempahannya, sama seperti pembukaan pra-tempahan iPhone SE Generasi Ke-3 di Malaysia pada hari ini. Jualan bagi model-model iPhone keluaran tahun 2022 ini akan bermula pada Jumaat depan, 25 Mac 2022.

Anda boleh membuat pra-tempahan menerusi laman web Apple Malaysia dan juga wakil pengedar yang sah di seluruh negara seperti Machines, Switch, iTworld (SNS Network), All IT, Senheng/senQ, Thunder Match dan Lazada.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.