Utama Android Xiaomi Redmi 10C mula dijual di Malaysia esok; Harga dari RM559

Redmi 10C mula dijual di Malaysia esok; Harga dari RM559

1013
0
Xiaomi-Redmi-10C

Xiaomi Malaysia telah mengumumkan penambahan baharu bagi siri Redmi 10 melalui telefon peringkat pemula, Redmi 10C. Telefon yan ghadir dengan paparan besar, cipset Snapdragon, dwi-kamera dengan satu 50MP ini akan mula dijual esok, 19 Mac 2022.

Redmi 10C menawarkan paparan 6.71-inci beresolusi HD+ dengan perlindungan Corning Gorilla Glass 3. Ia hadir dengan pilihan warna hijau, kelabu dan biru.

Melalui penggunaan cipset 6nm Qualcomm Snapdragon 680, telefon yang memiliki GPU Adreno 610 digandingkan bersama-sama RAM LPDDR4X 4GB dan storan UFS 2.2 sehingga 128GB. Melalui slot kad mikro SD yang disediakan, telefon ini boleh menambah ruangan storannya sehingga 1TB.

Telefon ini juga menyediakan pengimbas cap jari pada bahagian belakangnya, serta dulang dwi-SIM + mikroSD, satu port USB-C dan bicu audio 3.5mm. Antaramuka MIUI 13 digunakan oleh telefon pintar ini yang berasaskan Android 11. Untuk ketersambungan pula, telefon ini menyediakan sokongan rangkaian 4G LTE, Bluetooth 5.0, NFC dan Wi-Fi.

Tidak ketinggalan, Redmi 10C menawarkan bateri berkapasiti sehingga 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 18W.

Seperti yang dinyatakan tadi, telefon ini mempunyai dwi-kamera pada sebelah belakangnya yang salah satunya 50MP f/1.8 sebagai kamera utama. Sebuah lagi kamera dibelakangnya merupakan kamera berkedalaman 2MP f/2.4. Manakala pada sebelah hadapannya disediakan sebuah kamera 5MP yang boleh digunakan bagi tujuan swafoto mahupun panggilan video.

Redmi 10C mula dijual di pasaran Malaysia esok dan boleh didapati menerusi wakil jualan Xiaomi yang sah dan secara dalam talian melalui Lazada dan Shopee.

Pilihan konfigurasi 4GB+64GB telefon ini berharga RM559. Manakala pilihan Redmi 10C 4GB+128GB pula berharga RM629.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.