USB-C diwujudkan bagi tujuan memudahkan penyambungan antara peranti tanpa perlu memperbetulkan hala kepala sambungannya. Namun begitu, port penyambungannya boleh dibuat untuk bertindak secara berbeza bergantung pada arah penyambungannya.
Ini apa yang telah dilakukan oleh seorang jurutera mekanikal, Pim de Groot melalui perkongsiannya di Twitter. Menerusi proses tersebut, beliau menjelaskan perkara ini dapat dilakukan.
Secara asasnya, walaupun port USB-C 2.0 mempunyai bentuk simetri, pendawaian di dalamnya tidak bersimetri jika diperincikan dengan lebih lanjut. Terutamanya, sesentuh D+ dan D- tidak berpadanan seperti sesentuh lain pada port berkenaan.
I’ve made a Cursed USB-C 2.0 device. It behaves differently based on the orientation of the plug. pic.twitter.com/8Ko66wPuV2
— Pim de Groot (@mifune) March 21, 2021
Melalui dua mikropengawal, de Groot telah menunjukkan bagaimana port USB-C menghasilkan output berbeza bergantung pada bahagian mana port berkenaan mendapatkan sesentuh D+ dan D-.
Hasil penemuan ini bagaimanapun tidak memberi kesan terhadap peranti kegunaan harian anda. USB-C yang digunakan anda masih lagi boleh digunakan seperti biasa.
Kesimpulan dari eksperimen yang dilakukan ini bagaimanapun membuktikan penyambungan USB-C masih lagi dapat diterbalikkan.













