Utama Android Realme Siri Telefon Pintar Realme 8 dilancarkan di India

Siri Telefon Pintar Realme 8 dilancarkan di India

753
0
Realme 8 Pro dilancarkan Salman Khan
Salman Khan dengan telefonnya

Realme telah melancarkan dua model telefon pintar peringkat pertengahan baharu melalui Realme 8, dan Realme 8 Pro di India, dan Eropah semalam.

Untuk Realme 8 Pro, telefon yang dilengkapkan dengan kamera Samsung ISOCELL HM2 108MP ini menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 720G.

Kerama utama 108MP pada bahagian belakangnya ini turut digandingkan dengan kamera ultra-lebar, kamera ultra-makro dan kamera monokrom.Realme 8 Pro

Turut ditampilkan paparan Super AMOLED 6.4-inci dengan pilihan RAM sehingga 8GB dan storan 128GB. Telefon yang dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 4,500mAh menyokong pengecasan pantas 50W.

Realme 8 standard pula yang hadir dengan spesifikasi yang lebih rendah melalui penggunaan cipset MediaTek Helio G95. Ia menawarkan RAM sehingga 8GB dengan storan sehingga 128GB. Ianya turut menyediakan paparan Super AMOLED 6.4-inci bersama-sama bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong pengecasan 30W.Realme 8

Melalui kuad-kamera yang disediakan, telefon ini menawarkan kamera 64MP sebagai modul utamanya. Turut digandingkan bersama-sama di dalam tetapan kuad-kameranya, kamera ultra-lebar 119°, kamera ultra-makro, dan kamera monokrom.

Setakat ini belum diketahui tarikh kemasukan Realme 8 dan Realme 8 Pro ke pasaran Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.