Utama Perbankan PM Anwar Ibrahim: Bank perlu bayar semula kepada Mangsa Scammer jika didapati...

PM Anwar Ibrahim: Bank perlu bayar semula kepada Mangsa Scammer jika didapati cuai

94
0
Gambar dari Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongan dalam merangka dasar yang meletakkan lebih tanggungjawab terhadap pihak bank untuk melindungi pemegang akaun dari aktiviti penipuan (scammer). Ketika Waktu Pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Parlimen, beliau menyatakan secara prinsipnya Malaysia perlu mengikuti jejak langkah undang-undang baharu United Kingdom yang mana pemegang akaun mempunyai hak untuk mendapatkan ganti rugi akibat penipuan.

Beliau secara prinsip bersetuju dengan dasar penggantian semula tersebut. Namun mungkin dalam kajian yang dibuat oleh jawatankuasa yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan dapat diperketatkan bagi memastikan pihak bank juga perlu bertanggungjawab jika didapati cuai dalam memantau pematuhan peraturan.

Undang-undang di United Kingdom berkenaan mula berkuatkuasa pada Oktober lalu dan memerlukan penyedia perkhidmatan membayar semula kepada pelanggan masing-masing yang menjadi mangsa penipuan. Pihak bank yang terlibat perlu membayar ganti rugi sehingga GBP85,000 (~RM480,950) kepada mangsa dalam tempoh lima hari.

Awal tahun ini, Menteri Digital Gobind Singh menyatakan Malaysia mengalami kerugian berjumlah RM 3.18 billion kepada scammer online melibatkan lebih dari 95,800 mangsa di antara 2021 sehingga April 2024. Perdana Menteri juga memaklumkan pangkalan data Semak Mula PDRM kini mengandungi lebih 181,00 nombor telefon dan 222,000 nombor akaun bank yang dikenalpasti sebagai scammer.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.