Bagi yang inginkan lebih ganjaran untuk setiap ringgit yang anda belanjakan, AEON Bank dan AEON Co kini sedang menjalankan kempen promosi “Thursday is better than Friday” yang membolehkan anda menikmati mata ganjaran AEON Points sehingga 4X. Tawaran ini sah apabila anda berbelanja di outlet-outlet AEON terpilih pada setiap hari Khamis menggunakan kad debit AEON Bank.
Kedai-kedai yang menyertai promosi ini merangkumi AEON Supermarket, AEON Departmental Store, AEON MaxValu Prime, AEON Big Hypermarket, AEON Wellness dan Daiso by AEON.
Bermula dari 7 September sehingga 26 Disember 2024, pelanggan AEON Bank Visa Debit Card-i akan mendapat 3X AEON Points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai-kedai AEON yang terpilih pada setiap hari Khamis. Untuk hari-hari lain iaitu Isnis, Selasa, Rabu, Jumaat, Sabtu, dan Ahad, para pelanggan akan menerima 2X AEON Points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai-kedai AEON terpilih.
Selain transaksi menggunakan kad debit berkenaan, anda boleh mendapatkan tambahan 1X AEON Points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan dengan menunjukkan kod bar AEON Points di kaunter juruwang atau di kiosk pembayaran kendiri.
Anda boleh mendapatkan kod bar berkenaan pada paparan utama aplikasi AEON Bank dan sapukan panel paling ke kiri. Secara keseluruhannya, anda boleh mendapatkan sehingga 4X AEON Points bagi setiap RM1 yang dibelanjakan di kedai-kedai AEON terpilih pada setiap Khamis di sepanjang tempoh promosi ini berlangsung.
Maklumat lanjut, layari terma dan syarat kempen promosi ini atau layari laman web rasmi promosi AEON Bank.