KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 31 Mei 2024 – TikTok Shop menyemarakkan sambutan hari jadi keduanya dengan satu siri acara dalam dan luar talian bagi menyokong komuniti penjual, serta menzahirkan penghargaan terhadap para pengguna yang telah menjadikan TikTok Shop sebagai platform ‘shoppertainment’ kegemaran mereka.
Sambutan itu akan bermula secara rasmi dari 3 hingga 7 Jun 2024, di mana penjual boleh menikmati pelbagai tawaran, diskaun dan hadiah hebat. Ini termasuk penghantaran percuma tanpa perbelanjaan minimum, tawaran berjumlah RM6 juta untuk direbut, dan peluang memenangi salah satu daripada enam hadiah harian apabila pembeli menyertai cabaran tanda pagar 6.6 (#TikTokShop66FiestaHariJadi).
Pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa seperti Armila, Cosrx, Zucca, Sawanah Koko, Skintific dan sebagainya turut mengambil bahagian dalam sambutan hari jad ini.
Ketua Komunikasi Pemasaran di TikTok Shop Malaysia, Nur Aisya binti Rosly berkata, “Buat sambutan hari jadi kedua TikTok Shop di Malaysia, kami sangat teruja untuk menyaksikan semua jenama, rakan kongsi dan peniaga tempatan kami berkembang maju dalam komuniti yang mereka bina sendiri. Kami tetap komited untuk berinovasi bagi terus menyokong ekonomi digital Malaysia, dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah menjadikan peristiwa penting ini satu kenyataan.”
Sesi penstriman istimewa
Dengan berpegang teguh kepada konsep ‘shoppertainment’ yang menyeronokkan, TikTok Shop akan strim ‘TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi’ secara langsung pada 5 Jun (Rabu) dari jam 9 malam hingga 11 malam di TikTokShop_MY dan saluran YouTube TV3.
Sesi penstriman dua jam secara langsung itu akan menyajikan hiburan yang berterusan daripada artis dan pencipta konten tempatan kami yang sedang melonjak naik di TikTok seperti Haziq, Nani, Syamel, Imranbard, Ceddy dan sebagainya.
Selain sesi penstriman tersebut, TikTok Shop juga akan mengadakan satu siri penstriman setiap hari daripada pencipta dan penjual yang popular sepanjang tempoh kempen. Semasa sesi penstriman, penonton boleh menikmati demonstrasi produk secara langsung, tawaran eksklusif, dan kandungan di sebalik tabir daripada jenama dan pencipta kegemaran mereka.
Lebih kemeriahan menanti anda!
Bagi merancakkan sambutan, TikTok Shop juga bekerjasama dengan Sunway Pyramid untuk menganjurkan satu acara fizikal dari 6 hingga 9 Jun 2024 yang berlangsung di Orange Concourse. Ia menjanjikan pengalaman mengujakan buat semua dengan pelbagai aktiviti menarik, baucar eksklusif dan hadiah untuk dimenangi.
Pencipta konten kegemaran anda seperti Khairul Aming, Rahman Chea dan Noreen juga akan berada di lokasi acara bagi memeriahkan sambutan bersama TikTok Shop. Jadi, ini jugalah peluang emas untuk anda beramah mesra dengan mereka!
Berikut adalah aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dinantikan oleh para tetamu:
- Pengalaman penstriman langsung: Kunjungi bilik penstriman kami yang interaktif bagi mengalami penstriman konten beli-belah yang popular di TikTok Shop, serta semua persiapan dan kerja di belakang tabir. Tonton demonstrasi produk siaran langsung, sertai sesi soal jawab, dan dapatkan tip untuk memanfaatkan sesi penstriman langsung anda sepenuhnya daripada pencipta konten dan penjual yang terbaik.
- Aktiviti-aktiviti Menyeronokkan: Daripada permainan sehingga ke peraduan yang mengujakan, pasti ada sesuatu yang sesuai untuk anda semua!
- Baucar dan Barangan Eksklusif: Pastikan anda hadir untuk merebut baucar dan barangan eksklusif yang tersedia secara eksklusif di acara fizikal kami!
TikTok Shop sangat teruja untuk kongsi semua ganjaran ini sebagai penghargaan kepada anda kerana menjadi sebahagian daripada komuniti TikTok Shop kami. Jomnikmati sambutan hari jadi kedua TikTok Shop, dan alamilah dunia beli-belah dan hiburan yang paling hebat! Jumpa anda di sana!