Utama Apple Cara pindahkan chat WhatsApp dari Android ke iPhone 14 dengan Move to...

Cara pindahkan chat WhatsApp dari Android ke iPhone 14 dengan Move to iOS

936
0
Cara-Pindah-WhatsApp-dari-Android-ke-iPhone

Anda kini boleh memindahkan sesi borak WhatsApp dari Android ke iPhone 14 menggunakan aplikasi Move to iOS. Sebelum anda mula memindahkan, pastikan anda melakukan perkara di bawah ini terlebih dahulu:

  • Pasang aplikasi Move to iOS pada Android
  • Kemaskini WhatsApp ke versi terkini pada iOS dan Android
  • iPhone anda perlu yang baharu dibeli atau sudah dilakukan ‘reset factory settings’ sebelum memindahkan data dari Android
  • Kedua-dua Android dan iPhone perlu disambungkan dengan pengecas
  • Sambungkan telefon Android dan iPhone 14 anda di dalam sambungan rangkaian Wi-Fi yang sama
  • Menggunakan nombor telefon yang sama dari peranti Android lama ke iPhone yang baru

Sebaik sahaja anda memenuhi keperluan seperti yang dinyatakan di atas, ikuti langkah berikut untuk memindahkan data WhatsApp dari Android ke iPhone.

  1. Buka aplikasi Move to iOS pada Android dan ikuti arahan yang tertera pada skrin.
  2. iPhone akan memaparkan kod verifikasi. Masukkannya ke dalam telefon Android anda.Move to iOS Setup
  3. Ketik Continue dan pilih WhatsApp pada skrin Transfer Data
  4. Aplikasi Move to iOS akan memulakan proses pemindahan
  5. Muat turun WhatsApp dari App Store dan log masuk menggunakan nombor telefon yang sama.

Kelebihan memindahkan WhatsApp menggunakan aplikasi Move to iOS

  • Kaedah rasmi dan percuma untuk memindahkan chat WhatsApp
  • Selain dari memindahkan WhatsApp, Move to iOS juga boleh memindahkan sejarah panggilan, mesej dan banyak lagi dari Android ke iPhoneMove to iOS Migration

Kelemahan cara memindahkan WhatsApp menggunakan aplikasi Move to iOS

  • Memerlukan iPhone yang baharu atau yang telah di’reset’ sepenuhnya
  • Tidak memindahkan sejarah panggilan atau nama yang dipaparkan di dalam WhatsApp
  • Sesetengah pengguna mendakwa ‘tidak menjumpai’ WhatsApp ketika migrasi Move to iOS
  • Memakan masa yang agak panjang

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.