Utama Teknologi Keselamatan Memperkukuh Pencegahan Ransomware – Sandaran Data Memainkan Peranan Penting

Memperkukuh Pencegahan Ransomware – Sandaran Data Memainkan Peranan Penting

142
0
Synology Ransomware
Data merupakan salah satu aset yang penting kepada perusahaan, maka perusahaan sering dijadikan sasaran utama kepada penggodam. - Gambar hiasan

Kuala Lumpur, 21 Aug 2023 – Ancaman keselamatan siber telah menjadi kebimbangan yang besar kepada organisasi sejak beberapa tahun ini. Oleh itu, pertahanan keselamatan siber merupakan inisiatif utama dalam perkembangan organisasi untuk masa depan.

Kebelakangan ini, banyak peraturan yang ditetapkan dan institusi kerajaan memerlukan syarikat-syarikat melaksanakan langkah yang berkesan terhadap ancaman ransomware. Keperluan untuk mempertahan ransomware yang mantap telah menjadi tugas yang utama dalam organisasi di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, banyak syarikat selalu hanya menumpukan usaha dalam pembelian perisian antivirus atau percaya bahawa menggunakan mekanisme failover adalah mencukupi. Malangnya, strategi pertahanan ini sering gagal melindungi data daripada penyulitan dan tebusan selepas berlakunya serangan keselamatan siber. Hal ini menunjukkan bahawa organisasi telah mengabaikan aspek yang penting, iaitu sandaran (Backup).

Menurut kaji selidik yang dijalankan oleh IDC, lebih daripada 80% syarikat mengalami kehilangan data selepas serangan, dan kira-kira 60% responden menyatakan bahawa kehilangan data ini tidak boleh dipulihkan. Dalam kata lain, akibat ransomware yang paling serius adalah ketidakupayaan perniagaan untuk memulihkan data operasi yang penting atau data sulit. Maka, syarikat-syarikat perlu memahami bahawa walaupun perisian antivirus dan mekanisme failover memang berkesan, tetapi kedua-dua cara ini adalah menangani masalah yang berbeza dan meninggalkan risiko tersembuyi dalam keselamatan siber. 

Perisian antivirus selalunya menjadi cara pertahanan siber utama dalam kebanyakan syarikat kerana ia mudah dilaksanakan. Namun, menurut statistik daripada organisasi keselamatan IT bebas AV-TEST, terdapat lebih daripada 450,000 program berniat jahat atau berbahaya baharu muncul setiap hari.

Apabila pekerja gagal mengemaskini versi perisian secara kerap dan mungkin menghadapi kesukaran untuk mengikuti tahap evolusi ransomware, hal ini akan menyebabkan pertahanan keselamatan siber yang tidak mencukupi. Walaupun dengan pengemaskinian, tiada jaminan bahawa penggodam atau kumpulan berniat jahat tidak akan menerobos perisian antivirus.

Ini bermakna data penting kekal terdedah, dan setelah ia disulitkan, mungkin tidak ada cara lain untuk memulihkannya. Walaupun perisian antivirus dapat mengurangkan kemungkinan serangan dengan berkesan, ia tidak mempunyai kemampuan untuk pulih daripada ransomware.

Terdapat juga salah faham dalam menyamakan sandaran dengan failover. Sebagai contoh, dalam kes Ketersediaan Tinggi (HA), yang beroperasi dengan mewujudkan pelayan aktif dan pasif, data dari pelayan aktif diselaraskan secara berterusan dengan pelayan pasif. Apabila pelayan aktif mengalami masalah atau berhenti beroperasi disebabkan faktor luaran, pelayan pasif mengambil alih untuk memastikan operasi tidak terganggu. Walau bagaimanapun, semasa serangan ransomware, proses penyelarasan kekurangan eksklusiviti, dan fail terenkripsi masih dihantar ke pelayan pasif. Ini bermakna operasi perniagaan akan terganggu, dan data akan hilang.

Mengamalkan kaedah tersebut akan mendedahkan organisasi kepada risiko keselamatan siber. Walau bagaimanapun, organisasi yang melaksanakan sistem sandaran moden dan mengutamakan pemulihan bencana mempunyai keupayaan untuk menjalankan sandaran mesin penuh cepat dan menghapuskan data yang berulang. Dengan mewujudkan versi sandaran yang boleh dikesan semula ke pelbagai titik dalam masa, organisasi ini boleh memulihkan fail tertentu dari mana-mana masa yang diinginkan, memasang sandaran pada mesin maya seperti yang diperlukan, dengan cepat memulakan semula perkhidmatan yang berkaitan, meminimumkan tempoh tidak beroperasi, dan menlindungi data yang berharga.

Dengan mengambil pendekatan ini, perniagaan dapat mengatasi impak negatif ransomware, dan memastikan keselamatan, kesinambungan, dan daya tahan data.

Untuk maklumat lanjut tentang penyelesaian sandaran dan pemulihan bencana yang komprehensif, layari www.Synology.com

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.