Utama Android Realme realme 12x 5G dilancarkan di Malaysia; Harga dari serendah RM899

realme 12x 5G dilancarkan di Malaysia; Harga dari serendah RM899

102
0

realme secara rasminya telah melancarkan model pemula dari siri realme 12, realme 12x 5G. Kehadiran model baharu ini akan menjadikan ia sebagai telefon pintar 5G paling mampu milik keluaran realme.

Telefon pintar yang baharu dilancarkan ini menampilkan paparan LCD IPS 6.67-inci beresolusi 1080 x 2400 piksel dengan tahap kecerahan puncak 625 nits. Ia juga dilengkapkan dengan pengimbas cap jari pada butang kuasa di bahagian sisinya dam turut menawarkan kerintangan air dan debu IP54, keupayaan NFC dan Android 14 melalui antaramuka realme UI 5.0.

Di dalamnya, realme 12x 5G dikuasakan oleh pemprosesan MediaTek Dimensity 6100 Plus, RAM 12GB dan storan dalaman 512GB, serta sokongan slot kad mikroSD sehingga 2TB. Dalam pada masa yang sama, telefon pintar ini juga mempunyai bateri berkapasiti 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 15W menerusi port USB-C.

Pada bahagian belakangnya pula ditempatkan dwi-kamera yang mengandungi satu kamera utama 50MP dan satu lagi kamera berkedalaman 2MP. Di hadapannya pula terdapat kamera 8MP yang boleh digunakan untuk berswafoto.

Harga realme 12x 5G di Malaysia

Terdapat dalam pilihan warna Feather Green dan Glowing Black, realme 12x 5G ditawarkan dengan dua konfigurasi memori dan storan iaitu 8GB + 128GB yang berharga RM899 dan 8GB + 256GB yang harganya RM1,099.

  • realme 12x 5G, 8GB + 128GB – RM899
  • realme 12x 5G, 8GB + 256GB – RM1,099

realme turut menyatakan telefon pintar ini akan ditawarkan terlebih dahulu menerusi syarikat telekomunikasi seperti CelcomDigi, Maxis, U Mobile, Yes dan redONE bermula sejak 3 Mei 2024. Jualan di pasaran Malaysia pula akan hadir kemudian dengan pra-tempahan dibuka bermula dari hari ini 5 Mei 2024 menerusi platform rasminya di Shopee, Lazada dan TikTok.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi realme Malaysia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.