Utama Android Xiaomi Siri Xiaomi 13T dijadualkan akan dilancarkan pada 26 September 2023

Siri Xiaomi 13T dijadualkan akan dilancarkan pada 26 September 2023

239
0

Xiaomi secara rasminya akan mengumumkan siri Xiaomi 13T pada 26 September 2023 di Berlin, Jerman pada jam 8 malam, waktu Malaysia dan boleh ditonton secara langsung melalui saluran media sosial rasminya.

Xiaomi 13T dan Xiaomi 13T Pro telah melepasi persijilan SIRIM baru-baru ini dan dijangkakan Xiaomi Malaysia mungkin mengumumkan ketersediaannya pada hari yang sama atau dalam tempoh yang terdekat.

Bagaimanapun terdapat ura-ura yang mengatakan Xiaomi 13T Pro merupakan varian Redmi K60 Ultra yang dijenamakan semula untuk pasaran antarabangsa.

Siri Xiaomi 13T juga mungkin akan menggunakan cipset MediaTek Dimensity 9200+ dengan RAM sehingga 16GB. Ia juga dijangka menggunakan antaramuka MIUI 14 berasaskan Android 13.

Jika benar, Xiaomi 13T Pro mungkin akan hadir dengan paparan AMOLED 6.67-inci 144Hz, bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 120W. Mungkin yang membezakannya sedikit adalah pada tri-kamera yang mengandungi kamera utama IMX707 50MP, telefoto Omnivision 50MP dan lensa ultra-lebar Omnivision 13MP. Kesemua kamera-kamera berkenaan dilengkapkan dengan teknologi kamera Leica.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.