Utama Monitor PRISM+ PRISM+ adakan Promosi Jualan bersempena Shopee 9.9 Super Shopping Day

PRISM+ adakan Promosi Jualan bersempena Shopee 9.9 Super Shopping Day

84
0

Bersempena Shopee 9.9 Super Shopping Day, PRISM+ Malaysia menyediakan pelbagai tawaran menarik khusus untuk anda yang berhasrat mendapatkan televisyen dan monitor pada harga diskaun.

Antara tawaran menarik yang disediakan, TV Android PRISM+ Q55-QE 4K 55-inci yang pada asalnya berharga RM3,599, akan ditawarkan pada harga RM1,499. Setiap pembelian akan menerima 22-inci W220v Productivity Flat Monitor bernilai RM399.

Turut serta di dalam tawaran ini Android TV Q65-QE 4K 65-inci, yang berharga RM5399 akan dijual pada harga diskaun RM2,289 bersama-sama percuma PRISM+ Flow Soundbar bernilai RM749.

Ultrawide Curved Gaming Monitor X340 PRO 34-inci 165Hz, yang harga asalnya RM4,999, kini berharga RM1,399. Pembelian monitor ini turut didatangkan bersama-sama Logitech G304 LIGHTSPEED Wireless Gaming Mouse yang berharga RM149. Tidak ketinggalan 31.5-inch X315 PRO Curved Gaming Monitor, yang berharga RM2,899, akan berharga RM999 bersempena promosi ini.

Maklumat lanjut, layari laman rasmi PRISM+ Shopee Malaysia pada 9 September 2023.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.