Utama Teknologi Kecerdasan Buatan OpenAI dijangka akan melancarkan Enjin Carian berkuasa ChatGPT pada 9 Mei ini

OpenAI dijangka akan melancarkan Enjin Carian berkuasa ChatGPT pada 9 Mei ini

285
0

Februari lalu, portal The Information melaporkan OpenAI mungkin akan menceburi bidang perniagaan carian internet. Ia dilaporkan mungkin akan dikuasakan sepenuhnya atau sebahagiannya oleh Microsoft Bing. Tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenaran dakwaan penggunaan Bing tersebut. Namun, terdapat ura-ura baharu yang mengatakan carian internet dikuasakan ChatGPT akan diumumkan pada 9 Mei 2024.

Pengguna Reddit bernama u/halfstar telah berkongsikan maklumat mengenai domain search.chatgpt.com dan persijilan SSL untuknya telah pun diwujudkan. Dalam perkembangan yang berasingan, pemilik akaun podsiar The Neuron di X (dahulu dikenali sebagai Twitter) turut menyebut tentang nama domain yang sama yang akan muncul pada 9 Mei ini. URL berkenaan juga tidak menunjukkan ralat “404 not found” seperti kebiasaannya.

Seperti yang dinyatakan tadi, keupayaan ChatGPT menarik maklumat dari internet akan disertakan di dalam respon prompt yang kini dikuasakan sebahagiannya oleh Bing. Oleh itu, kebanyakan pihak tidak menolak kemungkinan enjin carian OpenAI kelak akan menggunakan cara yang sama.

Sam Altman Dipecat OpenAI
Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI – Imej dari TechCrunch

Mengambil kira laporan awal yang muncul pada Februari lalu, pelancarannya pada 9 Mei ini kelak menunjukkan pembangunan yang dilakukan oleh pasukan-pasukan yang terlibat boleh dikirakan sebagai amat pantas.

Setakat ini tidak dapat diketahui apakah rupa enjin carian berasaskan ChatGPT oleh OpenAI berkenaan atau apakah nama yang akan digunakannya nanti. Juga tidak dapat dipastikan apakah hasil cariannya yang dipaparkannya kelak berguna atau tidak sebagaimana hasil carian yang sering dibawakan oleh gergasi enjin carian Google.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.