Utama Komputer Permainan Pelayan GTA V Online tergendala berikutan Pemberian Percuma oleh Epic Games Store

Pelayan GTA V Online tergendala berikutan Pemberian Percuma oleh Epic Games Store

711
0

Bagi anda yang terlepas pandang, permainan komputer Grand Theft Auto V (GTA V) diberikan secara percuma oleh Epic Games Store sehingga 21 Mei ini.

Ketika ianya mula ditawarkan, laman Epic Games Store juga berdepan dengan masalah capaian berikutan peningkatan mendadak trafik memasukinya.

Rockstar Games, penerbit GTA V turut menyatakan masalah yang sama menerusi satu cicipan dari akaun Twitter rasminya. Hal ini telah menyebabkan kesukaran para pemain untuk mengakses ke Rockstar Games Services untuk memainkan GTA V secara dalam talian.

Berdasarkan semakan terkini dari pihak kami, pihak Rockstar Games telah berjaya menyelesaikan permasalahan ini dan para pemain boleh memainkannya seperti biasa.

Perkembangan ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan mengambil kira populariti permainan GTA V itu sendiri. Tambahan pula, siapa yang tak nak benda percuma kan?

Oleh itu, bagi anda yang masih belum mendapatkan permainan komputer ini, anda boleh mendapatkannya menerusi laman Epic Games Store sebelum 21 Mei 2020.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.